Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langit mungkin masih jerebu di S’pura pada hujung minggu: NEA

Oct 13, 2023 | 09:09 PM



Langit di Singapura mungkin berjerebu pada hujung minggu ini walaupun jumlah titik panas yang dikesan di Sumatera, Indonesia, telah berkurangan kepada 126 pada Jumaat, berbanding 176 pada hari sebelumnya.

Jerebu asap pada paras sederhana hingga tebal dapat dilihat daripada imej satelit di bahagian selatan dan tengah Sumatera.

Demikan menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat dalam nasihat jerebu yang dikeluarkannya setiap hari, lapor The Straits Times.


Singapura dan kawasan sekitarnya dijangka mengalami cuaca kering sepanjang hujung minggu ini, dengan angin lebih kuat dijangka bertiup sebahagian besarnya dari bahagian selatan, tambahnya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam bagi Singapura pada Sabtu diramalkan berada pada paras Sederhana antara 51 dengan 100.

Pada 6 petang Jumaat, bacaan PSI 24 jam Singapura ialah antara 49 dengan 62, yang berada pada kedua-dua paras Baik (0 hingga 50) dan Sederhana.

Bacaan kepekatan PM2.5 selama sejam berada pada paras normal antara 12 dengan 29 mikrogram bagi setiap meter padu udara. 

Paras PM2.5 merujuk kepada partikel halus yang biasanya di udara, dengan saiz 2.5 mikron atau lebih kecil.

Kesan kesihatan jerebu kepada seseorang bergantung kepada tahap kesihatannya, tahap PSI, dan tempoh masa serta intensiti kegiatan luar yang dilakukan, kata NEA.

NEA menasihatkan orang ramai supaya melihat bacaan kepekatan PM2.5 sejam sebelum menyertai kegiatan luar.

Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan menggunakan ramalan PSI 24 jam dan nasihat kesihatan yang diberikan untuk merancang kegiatan luar untuk hari esoknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >