Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah baru demi reda pasaran HDB, galak pinjaman berhemat

Desmond: Langkah dijangka tidak jejas ketara pembeli rumah kali pertama dan pembeli bergaji rendah
Oct 01, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH baru yang dilaksanakan untuk meredakan pasaran rumah direka untuk menyederhanakan permintaan bagi pasaran jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan menggalak pinjaman berhemat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Pemerintah menyedari kebimbangan rakyat Singapura tentang kemampuan membeli rumah, terutamanya pasangan muda yang ingin membeli rumah pertama mereka.



"Oleh itu, kami memutuskan untuk membuat beberapa langkah demi melindungi pembeli rumah dengan lebih baik.



"Ini akan membantu mereka mengelakkan kesukaran membayar pinjaman rumah jangka panjang mereka kerana kami berpendapat kadar faedah pinjaman rumah kemungkinan meningkat lagi pada masa depan, di samping kadar faedah Amerika Syarikat," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.



Kelmarin, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB dalam satu kenyataan bersama mengumumkan beberapa langkah demi memastikan pembeli rumah membuat pinjaman mengikut kemampuan dan menyederhanakan permintaan dalam pasaran hartanah.



Langkah-langkah tersebut berkuat kuasa mulai semalam.



Had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) bagi pinjaman rumah HDB diturunkan daripada 85 peratus kepada 80 peratus, yang bermakna pembeli rumah boleh meminjam jumlah lebih rendah daripada sebelumnya.



Ini akan dikenakan kepada permohonan flat baru bagi latihan penjualan yang dilancarkan dan permohonan jualan semula lengkap yang diterima HDB pada atau selepas 30 September.



Encik Lee berkata sesetengah orang mungkin prihatin jika ini memberi beban lebih besar kepada pembeli kali pertama dan keluarga bergaji rendah yang mencari rumah baru.



Namun, beliau berkata ini bukan halnya.



"Langkah ini tidak dijangka menjejas ketara pembeli rumah kali pertama dan pembeli bergaji rendah kerana mereka mungkin menerima geran rumah sehingga $80,000 apabila membeli flat bersubsidi secara langsung dari HDB, atau sehingga $160,000 apabila membeli flat jualan semula, dan mereka boleh gunakan simpanan CPF untuk bayar pembelian flat," kata beliau.



Kadar faedah lebih tinggi - 0.5 mata peratusan lebih tinggi - akan diambil sebagai kadar faedah lantai jangka pertengahan yang digunakan untuk mengira Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR) dan nisbah khidmat pinjaman perumahan (MSR) bagi hartanah kediaman dan bukan kediaman.



TDSR merujuk kepada bahagian pendapatan kasar bulanan peminjam yang digunakan untuk membayar balik semua hutang bulanan.



MSR digunakan untuk pinjaman bagi pembelian HDB, merujuk kepada bahagian yang digunakan untuk membayar balik semua pinjaman hartanah.



Ini dikenakan kepada pinjaman bagi pembelian hartanah di mana Opsyen Untuk Membeli (OTP) atau perjanjian jual beli yang diberikan pada atau selepas 30 September.



Kadar faedah sebenar yang dikenakan untuk pinjaman rumah akan terus ditentukan institusi kewangan privet.



Kadar faedah lantai 3 peratus untuk mengira jumlah pinjaman yang layak bagi flat HDB juga diperkenalkan.



Ini dikenakan bagi permohonan baru untuk surat Kelayakan Pinjaman HDB (HLE) yang diterima pada atau selepas 30 September.



Tempoh menunggu selama 15 bulan bagi pemilik semasa dan bekas pemilik hartanah kediaman privet untuk membeli flat jualan semula HDB tanpa subsidi juga diperkenalkan.



Tempoh menunggu tidak akan dikenakan kepada warga emas berusia 55 tahun dan ke atas yang berpindah dari hartanah privet mereka ke flat jualan semula empat bilik atau lebih kecil.



Laporan lanjut: Langkah 'sejukkan pasaran' akan stabilkan harga, beri kesan harga flat lebih besar: Pengamat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >