Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Langkah keselamatan di S’pura diperketat terutama kawasan berisiko tinggi

Oct 12, 2023 | 07:00 PM



Langkah keselamatan telah dipertingkat di Singapura, lebih-lebih lagi di tempat yang dinilai berisiko tinggi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.

Beliau berkata demikian semasa bertemu media pada Khamis untuk menjawab soalan berkenaan konflik Israel-Hamas di Gaza.

Ditanya sama ada pengawasan telah dipertingkatkan di kawasan-kawasan sensitif seperti masjid dan sinagog, Encik Shanmugam menjawab:

“Agensi-agensi keselamatan kita sedang memantau keadaan dengan teliti. Atas sebab-sebab operasi, saya tidak boleh mendedahkan perancangan yang tepat, tetapi langkah keselamatan tambahan sudah pun diambil.

“Akan terdapat peningkatan dalam rondaan di beberapa acara dan tempat. Pasukan kecemasan sentiasa bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kejadian.

“Tempat-tempat yang mungkin menjadi sasaran juga telah dinilai semula keselamatannya dan bagi tempat berisiko lebih tinggi, kami telah meningkatkan keselamatan.”

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga telah meningkatkan langkah berjaga-jaga, katanya.

Beliau menambah dalam tempoh ini, semua pihak mesti lebih berwaspada dan berjaga-jaga kerana “Singapura merupakan sasaran yang menarik”.

Ditanya bagaimana keadaan di Gaza boleh menjejas keharmonian kaum dan agama di Singapura, Encik Shanmugam berkata, negara ini berada “dalam kedudukan yang agak baik” dari segi pemahaman keharmonian agama.

“Terdapat sikap saling menghormati dan mempercayai antara kumpulan agama dan kaum dan warga Singapura sangat menghargai kepelbagaian dan keharmonian kaum dan agama kita,” ujarnya.

Beliau memetik kajian Pew 2022 yang menunjukkan majoriti orang dewasa Singapura yang mempunyai agama “sangat bertolak ansur” terhadap perspektif lain.

“Apa yang telah kita bina saban tahun dan apa yang kita miliki sekarang adalah berharga dan amat luar biasa. Kita mesti melakukan yang terbaik untuk melindunginya,” kata beliau.

Encik Shanmugam turut mengatakan meskipun Singapura tidak mengawal apa yang dilakukan Israel, Israel mesti bertindak balas dengan cara yang “konsisten dengan undang-undang antarabangsa dan peraturan perang antarabangsa”.

Awal sebelum ini, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan telah menggesa warga Singapura yang menetap atau sedang berada di Israel atau Palestin untuk meninggalkan kedua-dua tempat itu secepat mungkin melalui pilihan komersial yang tersedia.

MFA juga menasihatkan warga untuk membatalkan semua rancangan perjalanan tidak penting ke sana.

Mereka yang ingin kekal di sana dinasihatkan supaya terus berwaspada, memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan mengelak kawasan yang terkenal dengan gangguan awam atau tempat orang ramai berkumpul, terutamanya di Kota Lama dan di Baitulmakdis Timur, termasuk Haram al-Sharif, kawasan yang menempatkan Kubah As-Sakhra dan Masjid Al-Aqsa – antara tempat ibadah paling suci umat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >