Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah keselamatan lebih ketat dikuat kuasa sekitar kawasan NDP pada 9 Ogos

Aug 01, 2023 | 05:43 PM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah diisytiharkan sebagai acara khas dengan langkah keselamatan yang dipertingkatkan, yang bermakna bahawa langkah keselamatan ketat akan dilaksanakan di kawasan berhampiran Padang lapor The Straits Times.


Pemeriksaan ke atas individu dan kenderaan serta pemeriksaan untuk memastikan barangan yang dilarang tidak dibawa masuk ke dalam zon acara antara langkah-langkah yang akan diambil.

Langkah-langkah ini akan dikuat kuasa pada 9 Ogos mulai tengah malam hingga 11.59 malam, menurut pihak polis pada Selasa.

Chinatown dan Taman Fort Canning juga di antara kawasan tempat langkah-langkah keselamatan tersebut akan dikuat kuasa.

Pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat akan dijalankan di zon khas yang ditandakan dalam kawasan acara, termasuk kawasan berhampiran Suntec City dan Esplanade.

Polis juga akan memeriksa semua individu dan kenderaan yang memasuki zon khas.

“Polis berkuasa menolak masuk atau mengeluarkan sesiapa dari kawasan acara jika perlu,” kata polis dalam satu kenyataan.

Barangan seperti dron dan peranti penguat bunyi diharamkan dalam kawasan itu. Sesiapa yang didapati membawa barangan terlarang boleh ditangkap. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga $20,000, penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

Barangan itu juga akan dirampas.

Menurut kenyataan polis, ia juga satu kesalahan untuk membawa atau menerbangkan pesawat tanpa pemandu ke kawasan acara khas tanpa permit yang sah. Ini termasuk dron.

Memandangkan Sudut Pidato Hong Lim Park berada di dalam kawasan acara khas, pengecualian yang biasanya diberikan bagi perhimpunan awam atau perarakan awam dibatalkan buat sementara, kecuali kebenaran polis diperoleh.

Pengecualian bagi hiburan awam di situ juga dibatalkan sementara waktu.

Polis menggesa orang ramai supaya mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh pegawai mereka di NDP.

“Sesiapa terlibat dalam aktiviti yang menjejas keselamatan dalam kawasan acara khas atau zon khas akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang,” tambah pihak polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >