Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pastikan bekalan air mencukupi dalam cuaca lebih kering ekoran El Nino

Sep 20, 2023 | 07:55 PM



Meskipun cuaca lebih kering dan lebih panas di tengah-tengah El Nino boleh menjejas bekalan air daripada tadahan air tempatan dan air diimport, Newater dan air penyahgaraman merupakan sumber air yang berdaya tahan cuaca.

Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dalam jawapan bertulis kepada satu soalan parlimen, pada Selasa.

Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) bertanya sama ada persiapan sedang dilakukan bagi menghadapi cuaca lebih kering, termasuk kesannya kepada bekalan air di sini, lapor The Straits Times.

Keadaan El Nino sudah tiba dan kemungkinan jadi lebih kuat pada Oktober dan November, menjadikan cuaca lebih kering dan lebih panas.

Fenomena cuaca ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga awal 2024, dengan suhu terpanas mungkin dirasakan dari Mac hingga April 2024, kata Cik Fu.

Untuk melindungi keselamatan air, agensi air negara PUB telah mempelbagaikan bekalan air Singapura dengan tadahan air tempatan, air diimport, Newater dan air penyahgaraman.

“PUB telah melabur dan akan terus melabur bagi jangka panjang untuk mengukuhkan keselamatan air dan daya tahan kemarau kita di tengah-tengah kesan perubahan iklim,” ujar Cik Fu, sambil menambah bahawa sekitar $3 bilion telah dilaburkan sepanjang lima tahun lalu, dan pelaburan sedemikian akan diteruskan.

Pada 2016, semasa tempoh El Nino besar, paras air di Kolam Air Linggiu – sumber air utama Singapura di Malaysia – menjunam ke 20 peratus, paras terendah dalam sejarah.

Sebelum ini, PUB telah menyatakan bahawa ia akan meningkatkan penghasilan air penyahgaraman semasa bulan-bulan kering dan menyuntik lebih banyak air Newater ke dalam kolam-kolam air untuk memastikan simpanan air tempatan kita kekal sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >