Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah selamat di masjid ikut status vaksinasi jemaah jalan lancar

Individu belum divaksin masih boleh solat di masjid sendirian di luar waktu solat jemaah
Feb 03, 2022 | 06:55 AM



MASJID di Singapura mula melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) bagi semua khidmat ibadah berjemaah mulai kelmarin.



Ini bermakna hanya jemaah yang sudah divaksinasi penuh boleh menyertai ibadah berjemaah, sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat berjemaah.



Jemaah masih boleh menunaikan ibadah individu di luar waktu solat berjemaah, tidak kira status vaksinasi mereka.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjelaskan sebelum ini mereka yang tidak dapat divaksinasi atas sebab perubatan, mereka yang sudah pulih daripada Covid-19, serta kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, dikecualikan daripada peraturan VDS itu.



Semalam, Muis berkata ia telah secara bertahap bersiap sedia bagi pelaksanaan penuh VDS sejak dua bulan lalu.



"Alhamdulillah pelaksanaan di kesemua 66 masjid yang menawarkan solat berjemaah berjalan dengan lancar sejauh ini, dengan kebanyakan jemaah telah divaksinasi sepenuhnya.



"Muis akan terus memantau situasi yang sentiasa berubah dan kekal komited memastikan masyarakat boleh menyambung kegiatan lain di masjid kita secara berhati-hati," kata Muis.



Langkah VDS akan turut dilaksanakan bagi solat Jumaat minggu ini.



Oleh itu, hanya individu yang telah divaksinasi sepenuhnya boleh menempah slot di kesemua 66 masjid, sejajar dengan langkah VDS itu.



Pada Isnin lalu, Muis berkata lebih banyak ruang akan disediakan bagi solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Singapura bermula Jumaat ini.



Sebanyak 65,182 ruang akan ditawarkan bagi solat Jumaat setiap minggu, berbanding lebih 64,000 sebelum ini.



Tinjauan Berita Harian (BH) ke atas hari pertama VDS di Masjid Alkaff Kampong Melayu di Bedok Reservoir kelmarin menunjukkan pelaksanaan itu rata-ratanya berjalan lancar.



Ini sedang kebanyakan jemaah sudah pun mempunyai status vaksinasi penuh, kata pengurus masjid tersebut, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail.



Sekitar 120 jemaah hadir bagi solat subuh dan sekitar 80 yang hadir bagi zuhur. Tiada jemaah tidak divaksin yang hadir pada waktu solat jemaah.



"Di Masjid Alkaff, hampir kesemua jemaah di kawasan ini telah divaksinasi penuh.



"Namun, sekiranya ada jemaah (belum divaksin) yang datang khususnya pada waktu-waktu akan datang ini, kami akan nasihatkan dengan cara terbaik, dan kami akan juga sediakan ruang khusus bagi mereka," ujar Ustaz Taufiq.



Masjid tersebut menyediakan ruang solat dan tempat wuduk berasingan bagi jemaah yang tidak divaksinasi. Mereka boleh melakukan solat secara bersendirian di luar waktu solat jemaah.



Paling banyak, masjid itu menerima sekitar lima jemaah yang tidak divaksin dalam satu hari. Ada kalanya juga tiada jemaah langsung yang belum divaksinasi, kata Ustaz Taufiq.



Seorang jemaah yang menunaikan solat zuhur di Masjid Alkaff kelmarin, Encik Mohd Akbar Hashim, 60 tahun, mendapati proses memasuki masjid kali ini mudah seperti hari-hari lain.



"Saya rasa langkah (VDS) ini baik untuk semua orang yang datang masjid. Kalau boleh kita nak jauhkan daripada penyakit. Kalau dah kena, susah pula. Macam lain waktu dulu, kita tak boleh datang masjid," ujar Encik Mohd Akbar.



Seorang lagi jemaah, Encik Suhaimi Samsudin, akur ada jemaah yang mungkin tidak boleh divaksinasi atas pelbagai sebab, termasuk mereka yang mempunyai alahan, atau warga emas yang tidak kuat ambil vaksinasi.



"Tapi kalau orang yang tak nak vaksin atas pilihan sendiri, itu hal mereka. Sebab kalau jatuh sakit pun dia sendiri yang kena. Dia bertanggungjawab atas badannya sendiri," ujar jurutera berusia 52 tahun itu.



Sabtu lalu, Pejabat Mufti telah mengeluarkan irsyad (panduan) terkini mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk keringanan atau rukhsah untuk tidak menunaikan solat Jumaat bagi dua golongan.



Muis berkata meskipun hukum solat Jumaat kekal wajib, keringanan untuk tidak menunaikan solat Jumaat masih wujud bagi dua golongan berdasarkan perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19.



Dua golongan ini adalah mereka yang sudah lengkap divaksin, namun tidak berjaya menempah slot untuk menunaikan solat Jumaat disebabkan keterbatasan ruang dan individu yang tidak layak menerima vaksin atas sebab kesihatan. Mereka tergolong dalam kumpulan individu yang uzur kerana sakit.



Mereka yang belum divaksin disebabkan masalah kesihatan perlu menggantikan solat Jumaat berjemaah dengan solat zuhur demi keselamatan mereka dan juga jemaah lain.



Ini kerana kehadiran mereka di perhimpunan besar akan menimbulkan risiko kemudaratan kepada diri mereka dan orang lain, menurut irsyad Pejabat Mufti itu.




"Saya rasa langkah (VDS) ini baik untuk semua orang yang datang masjid. Kalau boleh kita nak jauhkan daripada penyakit. Kalau dah kena, susah pula. Macam lain waktu dulu, kita tak boleh datang masjid."
- Encik Mohd Akbar Hashim, 60 tahun, yang menunaikan solat zuhur di Masjid Alkaff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >