Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lapan bidang tumpuan utama bangun ekonomi selepas pandemik, cara lebih segera laksana idea baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lapan bidang tumpuan utama bangun ekonomi selepas pandemik, cara lebih segera laksana idea baru

Nov 19, 2020 | 01:33 PM

PEMERINTAH telah mengenal pasti lapan bidang tumpuan utama yang boleh memberikan pertumbuhan ekonomi lebih baik selepas pandemik ini dan cara baru yang lebih pantas untuk melaksanakan idea baru dalam bidang tumpuan tersebut

Tujuh perikatan yang dipimpin industri dalam bidang tumpuan itu  juga telah dibentuk sejak Jun lalu dan sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk memikirkan huraian baru tersebut, sementara satu lagi perikatan – dalam bidang teknologi perubatan – sedang dalam proses pembentukan.

Tujuh Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) itu adalah bagi pendigitalan rantai bekalan, membina ekosistem berdaya tahan, pendigitalan sektor binaan, perdagangan bijak, huraian robotik, pelancongan inovatif dan teknologi pendidikan. Usaha ini meneruskan usaha transformasi yang diorak sejak beberapa tahun lalu yang berpandukan Perancangan Perubahan Industri (ITM).

Berbeza dengan pendekatan yang diambil perikatan ekonomi serupa  sebelum ini,  AfA memberi penekanan kepada pelaksanaan huraian  dalam masa yang cepat, sementara terus memburu matlamat jangka pertengahan dan jangka panjang berhubung idea tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat. 

Menurut Encik Heng, yang juga pengerusi Majlis Ekonomi Masa Depan (CFE) dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, ini kerana perubahan dalam ekonomi, terutama yang dirangsang Covid-19,  berlaku begitu pesat dan ada keperluan untuk mengadakan dan menguji huraian secara lebih segera sementara menarik kerjasama lebih ramai pihak untuk  meneroka peluang memperluas pelaksanaannya. 

“Penekanannya adalah untuk mengambil tindakan pantas untuk menghasilkan huraian prototaip dan pada masa yang sama, meneroka cara untuk memperluas huraian bukan sahaja bagi bagi serata ekonomi malah ke luar negara,” kata Encik Heng.

Menambah, Encik Heng berkata Singapura perlu terus memperdalam keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sedang kita memberi respons kepada perubahan utama dalam ekonomi sedunia, yang sebahagian besar dipercepatkan oleh Covid-19 

Encik Heng berkata demikian di sidang media maya yang diadakan oleh Pasukan Bertindak  Bangkit Lebih Kukuh (EST)  pada Khamis (19 November).

Di sidang media itu, enam anggota baru EST diumumkan, yang bermakna pasukan bertindak itu kini mempunyai 23 anggota.

Mereka adalah pengarah di Temasek Life Sciences Laboratory Dr Azlinda Anwar;   Ketua (Sains Hayat) di Temasek International Encik Fidah Alsagoff; pengasas dan pengarah urusan kumpulan Commonwealth CapitalEncik Andrew Kwan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Univac Group Encik Amos Leong; Pengarah Pusat bagi Huraian Iklim berasas Alam    di Universiti Nasional Singapura (NUS) Profesor Koh Lian Pin; Pengarah Sumber Manusia NTUC Cik Jessie Yeo.

EST ditubuhkan di bawah naungan Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) dan bertujuan memantau usaha jangka lebih panjang bagi menangani cabaran ekonomi yang berubah. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3