Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi uji jambatan udara automatik hubung pesawat dengan terminal

Aug 25, 2023 | 05:07 PM



Selepas sebuah pesawat komersial selamat mendarat di Lapang Terbang Changi, seorang pramugari akan mendengar ketukan di pintu pesawat.

Itu adalah isyarat yang diberikan kakitangan pengendalian darat bahawa jambatan udara pesawat sudah dipasang dan bersedia menerima penumpang yang akan turun.

Ini tidak lama lagi keadan itu mungkin berubah apabila Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) menguji sistem automatik sepenuhnya yang mampu menggerakkan jambatan udara pesawat ke kedudukannya.

Dengan sistem itu, sebuah skrin yang terletak di jambatan udara pesawat berhampiran tingkap akan memaklumkan kru penerbangan apabila jambatan itu sudah selamat dipasang pada kedudukannya.

Ujian itu yang akan bermula pada Jumaat dan akan melibatkan penerbangan tertentu seperti Scoot, Bangkok Airways dan KLM.

Jambatan udara pesawat itu, yang dipanggil Jambatan Pemuatan Penumpang (PLB), adalah laluan berbumbung yang membolehkan penumpang dalam pesawat untuk sampai ke terminal lapangan terbang.

Ia mempunyai bahagian mudah alih yang memanjang dan boleh diubah suai supaya ia boleh dihubungkan pada pesawat dengan saiz dan tatarajah berbeza.

Apabila sebuah pesawat selamat tiba di tempat perhentiannya, bahagian jambatan udara pesawat perlu dihubungkan pada pintu pesawat.

Jambatan PLB itu mesti berdekatan dengan pesawat tanpa menyentuh badan pesawat bagi mengelak kerosakan.

Sistem jambatan udara pesawat kini separa automatik.

Seorang pengendali perlu menggunakan alat untuk mengawal 50 sentimeter terakhir jambatan udara pesawat supaya jambatan itu berada di pintu pesawat.

Proses manual itu boleh mengambil sehingga dua minit, bergantung kepada kecekapan pengendali.

Bagi memastikan seseorang layak melakukan tugasan tersebut, pengendali perlu lulus satu ujian selepas menjalani latihan selama 10 jam.

Sistem automatik baru yang sedang diuji itu direka bentuk untuk melengkapkan proses itu dalam tempoh kurang dua minit.

Seorang jurucakap CAG berkata selain melakukan tugasan itu secara konsisten, pemeriksaan ke atas sistem sebelum ketibaan yang dibina pada sistem itu boleh mengurangkan kesilapan manusia.

Seorang pengendali yang telah dilatih untuk menggunakan sistem separa automatik sedia ada itu akan memerlukan latihan selama tiga jam untuk belajar menggunakan jambatan automatik.

Pemeriksaan sistem itu adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard bagi menguji fungsi-fungsi PLB sebelum jambatan dapat berada pada pesawat.

Menerusi pembesar suara di dasar PLB, sistem automatik akan mengumumkan setiap fungsi yang telah dijalankan.

Dari segi perkakasan, atau ‘hardware’, setiap bahagian mudah alih mempunyai 10 sensor berbeza untuk mengesan lokasi pintu pesawat dan juga sebarang bahaya.

Misalnya, terdapat dua sensor di bahagian bawah PLB, di mana terletaknya roda besar untuk menggerakkan struktur. Sistem itu akan menghentikan semua gerakan jika ia mengesan bahaya dalam jarak semeter dari roda.

CAG tidak mendedahkan kos sistem automatik itu akibat maklumat komersial yang sensitif.

Menurut CAG, sistem automatik tersebut boleh menjimatkan tenaga manusia berbanding menggunakan sistem separa automatik di mana dua pengendali diperlukan jika mereka proses melibatkan dua PLB pada pesawat besar dengan dua pintu.

Bagi pesawat Airbus A380 pula, tiga LPB diperlukan.

Penerbangan Scoot TR981 juga merupakan yang pertama menggunakan sistem itu pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >