Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan cara SG tangani diskriminasi kaum dibentang di PBB

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



USAHA Singapura dalam menegakkan prinsip utama berbilang kaum dan meritokrasi di Singapura telah dikongsi kepada Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD) di Geneva, Switzerland.



Menteri Di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, mengetuai delegasi antara agensi dalam lawatan ke negara itu bagi membentangkan laporan pertama Singapura itu semalam.



Ia merupakan laporan pertamanya kepada Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD), salah sebuah konvesyen tertua di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usahanya menangani diskriminasi.



Laporan itu adalah satu syarat bagi semua negara yang menganggotai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), yang ditandatangani Singapura pada Oktober 2015 dan diratifikasi pada November 2017.



Dalam catatan di media sosial semalam, Dr Maliki berkata delegasi Singapura baru selesai sesi pertama, yang diadakan selama dua hari.



Beliau berkata: "Kami baru sahaja menyelesaikan sesi pertama yang menyeluruh dengan Jawatankuasa CERD di mana kami berkongsi cara kami menegakkan prinsip utama berbilang kaum dan meritokrasi di Singapura.



"Menerusi perlindungan perundangan, dasar dan perkongsian masyarakat, kami berusaha ke arah menyediakan peluang yang sama untuk semua dan mengukuhkan perpaduan sosial di Singapura."



Menurut Dr Maliki lagi, anggota jawatankuasa CERD menghargai usaha Singapura untuk mengukuhkan keharmonian kaum serta dialog yang membina.



Sebelum membentangkan laporan Singapura kepada CERD, Dr Maliki juga sempat bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Cik Michelle Bachelet.



Sebelum ini, Singapura telah menggariskan enam bidang luas di mana ia sedang berusaha untuk mengakhiri diskriminasi kaum dan tindakan yang sedang diambil bagi mencapai matlamat itu.



Ini termasuk mengadakan undang-undang untuk mempertahankan keharmonian kaum dan agama, dasar untuk memupuk perpaduan sosial dan program yang menggerak masyarakat untuk berusaha bagi kebaikan bersama.



ICERD, yang diterima dan dibuka bagi tandatangan pada 1965 dan berkuat kuasa sejak 1969, merupakan Konvensyen PBB yang mengutuk diskriminasi berdasarkan kaum, warna, keturunan, kerakyatan atau asal etnik.



Ia juga merupakan konvensyen yang tertua daripada sembilan konvensyen antarabangsa teras mengenai hak asasi manusia oleh PBB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >