Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larian Reben Kuning kumpul dana sokong program pemulihan

Sep 24, 2023 | 08:54 PM



Larian Reben Kuning Penjara (YRPR) kembali dalam format fizikal sepenuhnya pada Ahad dan berjaya mengumpul dana sejumlah $305,625.00. 

Reben Kuning berkata dalam satu kenyataan pada Ahad, bahawa wang itu akan dimanfaatkan untuk menyokong program pemulihan semula dan integrasi semula untuk banduan, bekas banduan, dan keluarga mereka.

Ini termasuk program untuk memperkuat rangkaian pro-sosial, penjagaan selepas keluar dari penjara, sokongan keluarga dan kanak-kanak, serta peluang pendidikan dan peningkatan kemahiran. 

Lebih daripada 6,500 peserta tempatan dan antarabangsa telah mengikrarkan sokongan mereka dan menyertai acara itu. 

Tetamu terhormat, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu yang melancarkan acara edisi ke-14 itu berkata dalam ucapannya:

“Dengan kasih sayang dan sokongan dari semua orang, sama ada dari ahli keluarga, pegawai penjara, majikan, rakan sekerja atau jiran untuk memberikan peluang kedua kepada semua orang, Singapura benar-benar akan menjadi satu masyarakat yang penyayang.”

Tema “Lari Menjangkaui Peluang Kedua” bagi acara tahun ini bertujuan untuk menjadi simbol harapan demi mengumpulkan sokongan masyarakat dalam memberikan peluang kedua dan selanjutnya kepada bekas banduan dan keluarga mereka sepanjang perjalanan integrasi semula mereka.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras YRPR 2023, Superintendan Siah Kheng Guan berkata, “Banduan dan bekas banduan pada akhirnya akan kembali ke masyarakat sebagai rakan sejawat, rakan sekerja dan jiran. 

“Penyertaan mereka dalam YRPR adalah bukti ketahanan dan keberanian mereka dalam membuat perubahan positif. 

“Sokongan yang semakin berkembang dari pihak berkepentingan dan masyarakat telah membolehkan mereka yang menerima manfaat berkembang sebagai penyumbang aktif dalam masyarakat hari ini. 

“Kita perlu membangunkan momentum ini ke arah ekosistem sokongan yang lebih kukuh bagi bekas banduan dan masyarakat yang lebih inklusif menjelang tahun ke-20 Projek Reben Kuning pada tahun depan.”

Sebagai sumbangan kepada usaha Reben Kuning, 137 banduan telah menunjukkan tekad mereka untuk berubah dengan berlari sejauh enam kilometer di dalam penjara untuk membantu mengumpulkan dana. 

Penderma korporat telah mengikrarkan $10 untuk setiap 1 kilometer larian banduan. 

Usaha dan komitmen banduan-banduan itu telah mengumpulkan jumlah sebanyak $8,220 yang akan digunakan untuk menyokong bekas banduan dan keluarga mereka.

Acara larian itu terdiri daripada dua kategori - Larian Kompetitif 10 kilometer dan Larian Tidak Kompetitif 6 kilometer.

Kedua-dua larian itu bermula di Jalan Farnborough dan berakhir di tembok Penjara Changi Lama yang ikonik, di mana karnival bertema Projek Yellow Ribbon berlangsung.

Pelbagai aktiviti interaktif dan persembahan hiburan telah diadakan. 

Di pameran karnival, peserta dapat mempelajari tentang sokongan pelbagai peringkat untuk banduan dan bekas banduan sepanjang perjalanan rehabilitasi mereka, dari penjagaan hingga selepas penjagaan. 

Mereka juga berpeluang untuk meninggalkan nota dorongan kepada banduan.

YRPR 2023 juga menerapkan usaha kelestarian, seperti penggunaan bahan mesra alam untuk baju larian ikonik.

Projek Yellow Ribbon juga bekerjasama dengan perniagaan sosial ‘Cloop SG’ untuk menyokong kelestarian alam sekitar dengan memudahkan kitar semula kasut larian lama para peserta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >