Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan atasi tumpahan kimia di Linkedua Tuas 26 Jul

Jul 19, 2023 | 06:38 PM



Pemandu yang merancang menggunakan Linkedua Tuas pada 26 Julai harus menjangkakan beberapa lencongan lalu lintas berikutan latihan kecemasan tumpahan bahan kimia yang dijadual berlangsung pada hari itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada Rabu bahawa ia akan mengadakan latihan tumpahan kimia dua hala itu dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan beberapa agensi lain.

Ia akan berlangsung dari 6 pagi hingga 2 petang, melibatkan lencongan trafik.

Pemandu harus mengikut arahan pengawal trafik yang akan ditempatkan di situ, kata NEA.

Menurut The Straits Times, latihan itu berupa simulasi kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa bahan kimia dengan kenderaan lain, mengakibatkan limpahan bahan kimia di sepanjang Linkedua Tuas.


Pemandu kenderaan dinasihatkan agar mengelak Linkedua Tuas sepanjang tempoh latihan dan mendengar stesen radio Singapura untuk pengumuman maklumat trafik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >