Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: Elak sukan air dan pancing ikan di Raffles Marina

Jul 11, 2023 | 04:18 PM



Anggota kelab Raffles Marina di Tuas dinasihati agar menghindari kegiatan sukan air dan memancing di kawasan itu buat sementara waktu ekoran paras minyak dan gris yang tinggi ditemui pada permukaan air di sekitarnya.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), menjawab soalan akhbar The Straits Times pada Selasa berkata, minyak dan gris yang ditemui di perairan Raffles Marina dikaitkan dengan air yang digunakan untuk memadamkan kebakaran selama berjam-jam dari sebuah gudang bahan kimia di Tuas pada Rabu lalu.


NEA menambah bahawa ia sedang menyiasat jika terdapat sebarang pelanggaran peraturan alam sekitar. Namun, ia tidak menyatakan pihak mana yang sedang disiasat.

Pengumuman itu menyusuli analisis NEA ke atas “air perang yang berbau menusuk” di longkang besar di Tuas Barat menghala ke laut berhampiran marina.

Bum diletakkan di dalam longkang besar pada hari kebakaran bagi mengelak air mengalir ke laut, kata NEA pada Selasa.

Beberapa ikan ditemui mati selepas kebakaran di laut Raffles Marina, di mana mutu air terjejas oleh minyak dan gris yang dibawa oleh air yang beralir ke laut, tambah agensi itu.

NEA berkata ia akan terus memantau mutu air di longkang besar dan marina sehingga ia kembali normal.

Beberapa pemilik yang menempatkan bot mereka di pelabuhan marina itu berkata mereka merancang untuk membuat tuntutan atas kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran.

Encik Daniel Wong, 53 tahun, yang menyelaraskan tuntutan untuk enam pemilik setakat ini, menganggarkan bahawa bot kepunyaannya memerlukan belanja sekitar $10,000 untuk kerja-kerja mengecat semula badan kapal sepanjang 10.9 meter yang tercemar.

Pengendali bot sewa itu berkata: “Kehidupan air di Marina boleh dikatakan hampir kesemunya mati dua hari selepas kebakaran.

“Kami mempunyai pukat yang menjerat lebih 20 ekor ikan, terletak di sebelah bot, kebanyakannya kerapu, yang kami rancang untuk melepaskannya. Tetapi semua ikan-ikan itu telah mati,” katanya.

Bau kimia masih ada di marina itu pada Selasa, enam hari selepas kebakaran terjadi, dan kesan hitam kekal di dinding marina, tambahnya.

Encik Wong tidak menerima sebarang pertanyaan sejak kebakaran itu, dan terpaksa membawa pelanggannya yang sedia ada lebih jauh dari marina.

Beliau menambah: “Berhampiran marina tidak ada ikan untuk dipancing, jadi kami telah membawa pemancing lebih jauh.

“Biasanya di dalam marina kami boleh menangkap lebih 10 ikan sebelum ke perairan lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >