Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan dua hala tentera S'pura-M'sia perkukuh 'Semangat Bersatu'

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



TENTERA Singapura dan Malaysia telah melabuhkan tirai sebuah latihan dua hala, Semangat Bersatu, yang melibatkan lebih 300 pegawai semalam.



Ketua Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Brigadier Jeneral (BG) David Neo, dan Ketua Tentera Pasukan Bersenjata Malaysia, Jeneral (GEN) Tan Sri Zamrose Mohd Zain, telah merasmikan bersama majlis penutup l yang diadakan di Kem Ulu Tiram, Johor, Malaysia, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.



Dijalankan secara fizikal dari 18 hingga 25 Mac, lebih 300 pegawai daripada Batalion Ke-1, Unit Pengawal (Singapore Guards) dan Batalion Ke-6, Regimen Royal Ranger, telah mengambil bahagian dalam latihan dua hala itu.



Para askar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, latihan pertempuran, perkongsian rentas mengenai sistem senjata, dan berakhir dengan latihan misi batalion bersama.



Latihan itu menawarkan peluang bagi para askar berinteraksi dan pertukaran profesional serta mempertingkat kerjasama antara kedua-dua pasukan tentera.



Memuji para askar, BG Neo berkata latihan itu telah memperkukuh kerjasama dan mendalamkan lagi persahabatan antara askar daripada kedua-dua negara.



"Kejayaan latihan batalion yang telah disaksikan oleh Gen Zamrose dan saya jelas menunjukkan tahap profesional dan kerjasama yang tinggi antara komander dan askar daripada kedua-dua pasukan tentera.



"Semua ini amat berharga dalam membangunkan hubungan peribadi dan persahabatan antara askar," kata beliau.



Bagi memastikan latihan dijalankan dengan selamat, peserta daripada kedua-dua pasukan tentera telah menjalani vaksinasi penuh dan perlu mematuhi langka pengurusan selamat Covid-19 dengan ketat seperti ujian rutin berjadual dibahagikan kepada kumpulan berfungsi.



Latihan tahun ini merupakan edisi ke-26 bagi siri tersebut.



Bermula pada 1989, latihan ini menawarkan platform berharga bagi kedua-dua tentera memperkukuh interaksi profesional dan menggariskan hubungan pertahanan yang kukuh sejak sekian lama antara Singapura dengan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >