Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan pemulihan akhlak buat remaja yang kelar rakan sekolah di ITE Kolej Timur

Jan 26, 2022 | 04:08 PM



BEKAS pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dihukum menjalani latihan pemulihan akhlak sekurang-kurangnya setahun pada Rabu (26 Januari) selepas dia mengelar bekas rakan sekolahnya dengan pisau di kampus kerana kejadian  merenung.



Sewaktu serangan itu, Palanidas Ramadas, kini 19 tahun, sedang diikat jamin bagi kesalahan lain termasuk menipu dan memandu tanpa lesen.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Seah Ee Wei berkata Palanidas menyerang mangsa "secara berbahaya" dan mengejarnya apabila mangsa cuba melarikan diri.



Mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun dapat melarikan diri dengan calar pada bahu kirinya dan mata.



Palanidas kini ditahan di pusat latihan pemulihan dan diarah untuk ikuti rejim tegas termasuk latihan berbaris dan kaunseling.



Dia juga diarahkan membayar mangsa $135.66 sebagai ganti rugi serangan tersebut.



Kerana kesalahan memandu tanpa lesen dalam kejadian yang tiada kaitan, Palanidas tidak lagi dibenarkan untuk memegang atau mendapatkan sebarang kelas lesen memandu selama setahun.



Remaja Singapura itu mengaku bersalah bulan lalu atas lapan kesalahan termasuk menyebabkan kecederaan dengan senjata dan menipu dengan penyamaran.



Seorang pelajar ITE lain yang ketika itu berusia 18 tahun telah memberikan pisau memotong roti kepada Palanidas untuk gunakan sewaktu serangan itu.



The Straits Times difahamkan kedua-dua remaja bukan lagi pelajar ITE.



Remaja yang lebih muda pula dihukum menjalani latihan pemulihan akhlak pada November tahun lalu selepas dia mengaku bersalah memainkan peranan dalam serangan pisau itu dan menjadi sebahagian daripada percubaan merompak pada Oktober 2019.



Dia tidak boleh dinamakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia kerana usianya ketika percubaan merompak itu adalah 17 tahun.



Palanidas pula memulakan siri jenayahnya pada awal Disember 2020. Ketika menggunakan telefon bimbit seorang gadis remaja, dia ternampak gambar kad pengenalan lelaki berusia 31 tahun dan lesen memandunya pada telefon itu.



Mahkamah diberitahu lelaki berkenaan mengirim gambar itu kepada gadis itu kerana beliau membantu si gadis memohon bagi khidmat perkongsian kereta.



Tanpa pengetahuan gadis itu dan kebenaran lelaki itu, Palanidas mengirimkan gambar berkenaan kepada telefon bimbitnya sendiri.



Palanidas yang tiada lesen memandu kemudian menggunakan keterangan lelaki itu untuk menyewa kenderaan daripada firma penyedia khidmat kongsi kereta, Shariot.



Kesalahannya diketahui setelah Polis Trafik mengesannya di jalan raya dan memintanya hentikan kenderaan yang dipandu ketika dia berada di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 10.30 pagi pada 30 Disember 2020.



Ketika dalam tempoh ikat jamin pada 15 Februari tahun lalu, Palanidas menghubungi seorang kenalannya dan meminta belia itu membawa pisau memotong roti ke sekolah kerana salah seorang temannya dikatakan bermasalah.



Pisau itu kemudian dibawa ke sekolah keesokan harinya.



Palanidas dan si mangsa berada di kantin kampus apabila mereka mula bertengkar kerana kejadian merenung.



Palanidas kemudian meminta mangsa bertemu dengannya di tempat meletak kereta sekolah itu di mana dia kemudian menyerang si mangsa dengan pisau.



Mangsa yang dapat melarikan diri menghubungi bapanya untuk membantu. Bapanya melaporkan perkara itu kepada polis.



Mangsa itu dibawa ke Hospital Besar Changi dan diberi cuti sakit empat hari.



Palanidas meninggalkan ITE selepas serangan itu dan membuang pisaunya. Dia ditangkap pada 17 Februari tahun lalu.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >