Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan Wallaby tonjolkan kerjasama antara angkatan darat, udara dan laut

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



PELUANG melaksanakan latihan ketenteraan besar dan kompleks begitu berharga bagi Singapura yang amat menghargai pemerintah dan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) yang telah memberi keizinan kepada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk berlatih di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA).



Demikian ditegaskan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada penghujung lawatannya ke kawasan latihan tersebut di Queensland, Australia di mana SAF sedang menjalankan Latihan Wallaby.



Latihan tersebut yang memasuki tahun ke-32, adalah latihan luar negara terbesar SAF.



Ia melibatkan lebih 4,000 askar dan telah disambung semula sepenuhnya sejak ia dibatalkan pada 2020 dan kemudian dilaksanakan secara lebih kecil pada 2021 ekoran pandemik Covid-19, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.



Lebih 300 platform dari SAF dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) serta Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menyertai latihan itu.



Dr Ng berkata peluang berlatih di SWBTA dalam skala serta keadaan kompleks yang tidak dapat dilakukan di Singapura itu adalah peluang sangat berharga.



Beliau juga melawati kapal induk RSS Endurance dan kapal induk helikopter Angkatan Laut Diraja Australia (RAN) HMAS Adelaide untuk bertemu peserta Latihan Trident - latihan dua hala antara SAF dengan ADF yang melibatkan lebih 1,600 anggota daripada kedua-dua pihak itu, kata Mindef.



Mengulas tentang betapa pentingnya Singapura mempunyai akses kepada SWBTA, Dr Ng berkata:



"Latihan sebegini memberi kami peluang yang sangat berharga untuk menajamkan keupayaan SAF."



"Saya telah bertemu beberapa askar dan mereka berkongsi latihan yang dijalankan adalah sangat realistik, yang merupakan satu rangsangan - kerana anda dapat menguji keupayaan sendiri, dapat melihat keseluruhan latihan -- lantas ia amat berharga."



Selain itu, Dr Ng menaiki helikopter Chinook CH-47F RSAF untuk melihat pelaksanaan misi bersepadu antara komponen udara, darat dan laut Latihan Trident serta meninjau perkembangan pembangunan bersama kemudahan dan kawasan latihan SWBTA.



Beliau mengalu-alukan kemajuan yang dicapai dalam pembangunan kawasan-kawasan latihan dan dalam kemudahan latihan canggih -- salah satu inisiatif utama di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh Singapura-Australia.



Selain pembangunan kawasan dan kemudahan SWBTA yang dijangka siap pada 2024 itu, turut termasuk satu lagi kawasan latihan di Greenvale, Queensland dijangka siap pada 2028, menurut Mindef sebelum ini.



Kementerian itu berkata pembangunan tersebut akan menambah baik lagi penukaran profesional dan kerjasama antara angkatan bersenjata kedua-dua negara dan membolehkan SAF berlatih di kawasan SWBTA yang diperluas serta satu kawasan latihan baru.



"...Demikian adalah perkembangan awal, hasil Kerjasama Strategik Menyeluruh dan telah mempertingkat keyakinan kami. Keyakinan ini bukan sahaja terhadap keupayaan SAF dan peluang latihan, namun juga hubungan kami bersama pihak Australia.. Saya rasa kami boleh meneroka lebih banyak bidang kerjasama di mana kami dapat mengukuhkan hubungan ketenteraan," kata Dr Ng lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >