Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan kerja 'produktif dan memuaskan' Masagos ke Indonesia

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua (Kesihatan), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bertemu beberapa menteri Indonesia semasa lawatannya ke sana baru-baru ini.



Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menganggap lawatannya ke Jakarta dan Surabaya itu sebagai "lawatan kerja yang produktif dan memuaskan".



Beliau bertemu Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan, Encik Muhadjir Effendy.



Semasa pertemuan itu, Encik Masagos mengesahkan sokongan Singapura terhadap jawatan pengerusi Indonesia bagi Asean tahun ini.



Kedua-dua Encik Masagos dan Encik Muhadjir merupakan Menteri Majlis Masyarakat Sosio-Budaya Asean.



Mereka membincangkan cara Singapura dan Indonesia boleh bekerjasama untuk menggalak pemerkasaan wanita dan pembangunan keluarga.



Dalam satu pos di Facebook, Encik Masagos turut berkongsi bahawa beliau juga bertemu pengerusi Nahdlatul Ulama, Encik Yahya Cholil Staquf, serta Setiausaha Agung Muhammadiyah, Encik Abdul Mu'ti di Jakarta.



"Kami mengadakan perbincangan yang baik tentang mengatasi cabaran kontemporari yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan peluang untuk bekerjasama bagi mempromosikan keharmonian agama," tulis Encik Masagos.



Di Surabaya, beliau bertemu Gabenor Jawa Timur, Cik Khofifah Indar Parawansa; Naib Gabenor Jawa Timur, Encik Emil Elestianto Dardak; dan Mayor Surabaya, Encik Eri Cahyadi.



Encik Masagos menambah bahawa terdapat banyak peluang bekerjasama antara Singapura dan Jawa Timur memandangkan ia wilayah kedua paling ramai penduduk di Indonesia.



Antara lain, beliau membincangkan bersama Encik Emil tentang komitmen Singapura mewujudkan kerjasama dua hala termasuk dalam bidang pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >