Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Maliki perdalam kerjasama antara Brunei, S'pura

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) berpeluang berbincang cara untuk memperdalam kerjasama merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pertahanan dan kesihatan antara Brunei dan Singapura.



Ini dilakukan semasa lawatannya ke Brunei bersempena Hari Raya Aidilfitri.



Mengulas tentang hari kedua kunjungannya ke sana, Dr Maliki berkata:



"Sememangnya, setiap kali saya melawat Brunei, saya gembira diingatkan tentang betapa dalam persahabatan serta perkongsian antara Singapura dan Brunei."



Lawatan Dr Maliki ke Brunei yang bermula Ahad hingga Rabu ini merupakan lawatan yang pertama seumpamanya sejak pandemik Covid-19.



Sebelum ini, Dr Maliki telah mengadakan lawatan ke Brunei sempena Hari Raya sejak 2016, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.



Beliau dan delegasi Singapura diundang ke majlis Rumah Terbuka beberapa menteri Brunei dan personaliti kanan Brunei yang lain.



Antara yang Dr Maliki temui adalah Pehin Rahman Taib, Pehin Halbi, Dato Ahmaddin, Datin Romaizah, Dato Abdul Manaf, Dato Juanda, Pehin Lim Jock Seng, Pehin Hazair serta keluarga mereka.



Semasa lawatan itu, Dr Maliki ditemani isteri, Cik Sadiah Shahal; Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kesihatan merangkap Undang-Undang, Cik Rahayu Mahzam; dan Anggota Parlimen, Encik Yip Hon Weng.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >