Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Masagos ke Saudi, Mesir: usaha bina keluarga teguh dibincang

Jan 17, 2023 | 08:33 PM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah bertemu dengan Menteri Perpaduan Sosial Mesir, Cik Nivine El-Kabbag dan Presiden Majlis Negara bagi Wanita Mesir, Dr Maya Morsy ketika lawatannya di Timur Tengah baru-baru ini untuk membincangkan tentang memperkukuhkan keluarga serta memperkasa wanita dalam masyarakat.



Dalam catatannya di Facebook, Encik Masagos berkata beliau telah menukar pandangan terhadap bagaimana pihak berkuasa dapat menangani isu sosial dan kekeluargaan yang kompleks, dan telah bersetuju untuk mempunyai kajian yang rapi demi menyokongi program dan dasar negara.



Encik Masagos berkata beliau berbahagia bertemu dengan Cik Nivine, dan bersetuju keluarga yang teguh adalah penting sebagai landasan masyarakat dan berkongsi dengannya bagaimana untuk memperkukuhnya lagi.



"Baginda telah berkongsi tentang program Takaful Mesir, yang menawarkan sokongan wang untuk menyokongi keluarga dengan menggalakkan kehadiran di sekolah, pemantauan kesihatan, dan membantu dalam keputusan jangka masa panjang bagi keluarga. Satu konsep yang mampu dilihat," katanya.



Encik Masagos, yang bertemu dengan Dr Maya juga berkata beliau komited mempertingkat sokongan bagi wanita dalam pelbagai bidang, menerusi peluang adil di tempat kerja serta perlindungan daripada keganasan. 


"Dengan memperkasa wanita, kami memperkukuhkan keluarga dan masyarakat kita," tambahnya.



Encik Masagos telah melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi dan Mesir dari 9 Januari hingga 15 Januari lalu.



Sebelum tiba di Mesir, beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat telah melawati Arab Saudi bagi mengetuai delegasi Singapura di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah hingga 12 Januari.



Di Arab Saudi, Encik Masagos juga berpeluang bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara itu, Dr Hala Al Tuwaijri dan rakan sejawatnya, Encik Majed Abdulrahim Al Ghanami dan berkongsi tentang usaha Singapura memperkukuhkan keluarga menerusi pelan Singapura Mesra Keluarga 2025.



"Kami kekal mencapai kesefahaman dalam membentuk dasar dan program yang memperkukuh keluarga dan masyarakat kami," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >