Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan percuma ke Gardens by the Bay bagi pelajari alam semula jadi, kemampanan

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



GARDENS by the Bay akan melancarkan lawatan percuma selama sejam setiap hujung minggu mulai Januari tahun depan, untuk peserta mengetahui lebih lanjut tentang alam semula jadi dan kemampanan.



Ia akan bermula dengan dua tema, iaitu Karbon dan Iklim, dan Tanah Lembap Bandar.



Lawatan Alam Semula Jadi dan Kemampanan itu adalah inisiatif pendidikan terbaru Gardens by the Bay.



Lapan tema lawatan berbeza dalam tempoh tiga tahun itu disokong oleh Keppel Care Foundation, Keppel Corporation, yang menjanjikan $300,000 untuk menjalankan lawatan itu secara percuma bagi semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR).



Ini termasuk kemasukan ke konservatori sejuk untuk lawatan bertema terpilih.



Inisiatif ini akan diperluaskan kepada lima tema dengan lapan laluan berbeza. Ini termasuk Biodiversiti dan Ekosistem, Karbon dan Iklim, Tenaga dan Air, Benih dan Deria dan Tanah Lembap Bandar.



Lawatan yang akan berlangsung hingga 2025 itu dijangka menarik lebih 28,000 orang.



Selain mempelajari tentang kemampanan, lawatan itu bertujuan membantu peserta menemui permata tersembunyi di Gardens by the Bay yang mungkin mereka terlepas tanpa pemandu pelawat.



Pendaftaran untuk lawatan bertema bulan depan akan dibuka esok di laman web Gardens by the Bay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >