Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: Belanjawan bakal beri sokongan tambahan bagi sektor terjejas

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



BELANJAWAN negara akan datang bakal menawarkan sokongan tambahan bagi sektor industri yang terus menghadapi kesukaran, menurut Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Dalam pada itu, penggubal dasar juga kini merancang bagi era pascapandemik, katanya dalam ucapan semasa acara Spring Reception 2022 semalam.



Singapura bukan sahaja menghadapi cabaran pandemik Covid-19, tetapi juga ketidaktentuan lain seperti cabaran ekonomi dan geopolitik, tambahnya.



"Kita perlu memandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada langkah yang boleh meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam dunia pascapandemik ini," katanya.



Selain bergerak ke hadapan dengan transformasi ekonomi, beliau juga menekankan bahawa Singapura "meletakkan matlamat membentuk negara yang lebih adil, inklusif, dan hijau bagi warga Singapura kini dan generasi seterusnya".



Encik Wong yang bakal mengumumkan belanjawan pada 18 Februari nanti, berkata demikian dalam ucapannya semasa acara yang dianjurkan bersama Persatuan Suku Kaum Cina dan Pusat Kebudayaan Cina Singapura semasa tempoh Tahun Baru Cina.



Beliau berkata belanjawan ini berlangsung di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang kukuh dan stabil, namun "beberapa sektor masih terus menghadapi kesukaran" dan akan diberikan sokongan tambahan dalam Belanjawan nanti.



Contohnya, industri penerbangan dan pelancongan akan mendapat bantuan dalam pemulihan mereka, katanya yang berucap dalam bahasa Mandarin.



"Kami juga akan membantu warga Singapura mengurangkan keprihatinan mereka dalam isu lebih segera seperti kos sara hidup," katanya, sambil menekankan pentingnya mengukuhkan sistem sokongan sosial pada masa yang sama.



Menyentuh tentang lonjakan kes terkini jangkitan Covid-19, Encik Wong, yang juga merupakan salah seorang pengerusi Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, berkata:



"Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengharungi gelombang Omicron ini tanpa perlu memperketat langkah sedia ada."



Encik Wong akan membentangkan Belanjawan Negara 2022 di Parlimen pada 18 Februari.



Pembentangan belanjawan 2022 itu akan disiarkan secara langsung melalui televisyen, radio dan laman web Belanjawan Singapura.



Kenyataan penuh Belanjawan 2022 akan diterbitkan di laman itu selepas ia dibentangkan.



Orang ramai boleh mendapatkan kemas kini masa nyata pengumuman utama belanjawan menerusi akaun Facebook dan Twitter Kementerian Kewangan (MOF).



Menurut pakar ekonomi, Belanjawan kali ini dijangka memberi perhatian kepada keutamaan ekonomi bagi jangka panjang, khususnya pelaburan dalam teknologi selain isu kos sara hidup yang meningkat ekoran inflasi tinggi, serta kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Sebelum ini, MOF juga telah mengumpulkan pandangan dan saranan awam bagi Belanjawan 2022 menerusi dalam talian melalui laman mikro Belanjawan 2022, REACH, mahupun kios maklum balas elektronik e-LP (tinjauan dalam talian).



Ia juga bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbi melalui wadah dalam talian Ask Kopi Kakis #shareyourviews untuk mendapatkan pandangan dan saranan orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >