Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence Wong, Janil Puthucheary dilantik penasihat kumpulan buruh

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam mengumumkan pelantikan Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kewangan Kedua, Encik Lawrence Wong, sebagai penasihat Kumpulan Pemimpin Bersekutu U (UALC).



Turut dilantik sebagai penasihat kumpulan itu ialah Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.



NTUC dalam satu kenyataan media menyatakan sejak dilancarkan pada 2011, keahlian Bersekutu U NTUC telah berkembang dengan menarik 67 persatuan profesional yang mewakili 250,000 karyawan, pengurus dan eksekutif.



Ia merupakan satu jaringan bagi NTUC menjalin kerjasama dengan persatuan profesional dan rakan pergerakan buruh yang merangkumi kesemua sektor di sini.



Menurut NTUC, Encik Wong telah mengadakan dialog dengan 50 pemimpin daripada pelbagai sektor dalam pertemuan Kumpulan Pemimpin Bersekutu U semalam.



Dalam ucapannya, beliau menggesa mereka supaya meneruskan jangkauan dan penglibatan dengan karyawan dalam sektor masing-masing dengan tujuan menggalak lebih banyak kerjasama rentas tugas.



"Para profesional hari ini semakin mempunyai berbilang kemahiran dan kerjasama merentasi industri menjadi tugas mereka semakin berkesan. Contohnya, jurutera awam perlu menggabungkan kebolehan teknikal dengan pengurusan dan kemahiran antara kakitangan untuk menyelesaikan sesebuah projek bangunan.



"Seorang karyawan sumber manusia mungkin perlu menggunakan analisis data untuk meningkatkan penglibatan pekerja dan perancangan sumber.



"Pemimpin Bersekutu U menyediakan ekosistem bagi kerjasama profesional seumpama itu. Kita harus menggunakan sepenuhnya wadah ini untuk memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran merentas sektor dan membantu profesional kita kekal relevan dan berdaya saing,'' tambah Encik Wong.



Dr Janil yang dilantik sebagai penasihat UALC Selasa lalu pula berkata: "Kita akan membantu pekerja dan peniaga membangunkan kemampuan digital yang kukuh untuk merebut peluang sedang kita berubah menjadi Negara Bijak. Permintaan bagi pekerja mahir bidang teknologi infokom dijangka meningkat dalam semua sektor."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >