Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lazada buka kedai fizikal di bekas premis Robinsons di Raffles City

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



BEKAS premis peruncit Robinsons di tingkat tiga Pusat Beli-Belah Raffles City sekarang diduduki pedagang elektronik Lazada.



Dalam dua minggu mendatang, Lazada akan menampilkan perabot rumah dan produk perumahan bijak di kedai pop-up syarikat itu di tapak seluas 10,000 kaki persegi itu.



Syarikat itu merupakan peruncit maya terkini yang menyediakan sebuah kedai secara fizikal namun hanya buat sementara sahaja, lapor akhbar The Straits Times.



Menurut beberapa pakar, langkah itu berupaya menarik lebih ramai pelanggan ke pusat beli-belah tersebut serta menawarkan lebih banyak pilihan kepada mereka.



Cik Esther Ho, pengarah Sekolah Pengurusan Perniagaan Politeknik Nanyang berkata, pasaran runcit, termasuk pusat beli-belah, di sini terjejas teruk tahun lalu hingga menyebabkan beberapa peruncit terkemuka, seperti Robinsons dan Topshop, menutup kedai.



"Premis yang telah dikosongkan itu amat sukar mendapatkan pengganti dalam jangka masa pendek, terutamanya sedang peruncit mengamalkan langkah menanti dan menunggu.



"Buat sementara itu, sebuah kedai pop--up berupaya membuat pusat beli-belah lebih menarik, dengan pelanggan akan berkunjung ke kedai-kedai lain sewaktu mereka di situ," kata Cik Ho.



Apabila ditanya apakah Lazada akan menjadi menyewa premis itu secara tetap, seorang jurucakap berkata kedai pop-up itu merupakan sebuah program perintis untuk meninjau respons daripada penjual dan juga pembeli.



Sejak kedai itu dibuka pada 2 April lalu, ia telah "mendapatkan maklum balas baik daripada penjual dan orang umum", kata jurucakap itu tanpa memberi perincian lanjut.



Semasa akhbar itu menjalankan tinjauannya Sabtu lalu, sekitar 50 orang sedang melanggani kedai itu, yang menyediakan produk daripada lebih 100 jenama, termasuk Samsung, Philips dan Tefal.



Lazada berkata tujuan mengadakan kedai pop-up itu adalah untuk menawarkan sebuah ruang luar talian bagi jenama tertentu, terutamanya bagi yang tidak mempunyai sebuah kedai fizikal untuk menjual produk mereka.



Encik Amos Tan, seorang pensyarah kanan di Sekolah Perniagaan Politeknik Singapura, berkata wajah antara muka, atau interface, yang digunakan dalam platform e-dagang boleh membuat kan agak sukar bagi pelanggan menyesuaikan diri dengan sebuah jenama baru kerana terdapat terlalu banyak penjual yang menawarkan produk di wadah tersebut.



"Tetapi di sebuah kedai fizikal, biarpun anda mengenali jenama itu, ia berada di hadapan muka anda," tambah Encik Tan.



Wadah perdagangan maya lain yang telah mencuba menembusi pasaran runcit fizikal termasuk Taobao, yang mempunyai sebuah kedai yang menjual pakaian di pusat beli-belah Funan sepanjang setahun, dari September 2019 hingga September 2020.



Pada Oktober lalu, Shopee juga menyediakan sebuah kedai pop-up yang beroperasi sepanjang enam bulan di Funan, dalam satu usaha sama dengan pembuat produk solekan Korea Virvici.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >