Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LBKM agih $31j kepada lebih 30,000 pelajar dalam 5 dekad

Presiden LBKM: Selain agihan biasiswa, dermasiswa tetap penting bagi bantu pelajar memerlukan
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



APABILA Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) ditubuhkan pada 1965, badan itu memulakan misinya untuk memberi sokongan pendidikan dengan mengagihkan $5,100 untuk membantu seramai 18 pelajar.



Dalam tempoh lebih lima dekad sejak penubuhannya, LBKM telah memberikan lebih $31 juta dalam bentuk dermasiswa dan biasiswa kepada lebih 30,000 pelajar.



Merenung perkembangan tersebut, Presiden LBKM, Dr Syed Harun Tahan Alhabsyi, berkata ini menunjukkan bahawa usaha kecil yang dilakukan secara konsisten tidak boleh diremehkan.



"Apabila Syed Ali Redha Alsagof menubuhkan LBKM, beliau mungkin tidak dapat bayangkan LBKM akan memberi manfaat secara berterusan dan menjadi lebih kukuh hari ini.



"Oleh itu, anda tidak boleh memandang rendah usaha kecil dan konsisten kerana ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang benar-benar menyumbang kepada masyarakat," kata Dr Syed Harun, dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.



Dr Syed Harun, 37 tahun, merupakan presiden keempat LBKM, mengambil alih daripada Encik Suhaimi Salleh pada Jun lalu.



Sebelum ini, LBKM pernah dipimpin Encik Wan Hussin Zoohri dan Allahyarham Syed Ali Redha Alsagoff.



Dr Syed Harun yang juga seorang pakar psikiatri, mula terlibat dalam LBKM pada 2012 apabila beliau mula bertapak dalam kerjayanya sebagai seorang doktor perubatan.



Sedang beliau tidak pernah menerima biasiswa LBKM sebelum ini, misi LBKM dalam pendidikan merupakan sesuatu yang dekat di hatinya.



"Kehidupan berubah menerusi pendidikan, sama ada menerusi dermasiswa atau biasiswa.



"Apabila saya di universiti, saya juga mengajar tuisyen untuk membantu membayar yuran sekolah perubatan.



"Mendengar kisah pelajar yang dibantu LBKM, mereka berkata biasiswa banyak membantu dan mereka boleh memberi tumpuan kepada pelajaran dan mencapai prestasi baik.



"Kesan daripada bantuan seperti ini sukar untuk dinilai. Inilah yang mendorong saya untuk melakukan lebih untuk membantu mereka," ujar Dr Syed Harun.



TUMPUAN PENDIDIKAN KEKAL RELEVAN



Katanya lagi, LBKM telah mampu untuk kekal relevan sejak hampir enam dekad sehingga kini kerana tumpuannya kepada pendidikan yang masih penting hari ini.



Sejak beberapa tahun yang lalu juga, LBKM juga telah mula memberi biasiswa di peringkat siswazah dan possiswazah, sedang lebih ramai anggota masyarakat yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi.



"Dermasiswa tetap penting. Kita masih ada pelajar yang memerlukan.



"Biasiswa yang ditawarkan kini adalah berkenaan dengan usaha pelajar untuk mencapai kecemerlangan," ujar Dr Syed Harun.



SOKONGAN KUKUH



LBKM juga mampu terus memberi bantuan kewangan kepada pelajar dengan sokongan kukuh dan derma daripada masyarakat, termasuk mereka yang pernah dibantu LBKM dan kini mahu menyumbang kembali, kata Dr Syed Harun.



Malah, badan itu juga mendapat pertanyaan daripada pihak yang bukan sahaja mahu menderma, bahkan mahu menubuhkan endowmen untuk memberi sumbangan yang lebih besar dan bersifat berterusan.



LBKM masih 'muda' lagi dalam perjalanan untuk menubuhkan endowmen sendiri, tetapi ini merupakan sesuatu peluang yang sedang diteroka badan tersebut, ujar Dr Syed Harun.



Bagaimananapun, LBKM baru-baru ini mendermakan sebanyak $300,000 sebagai dana endowmen kepada Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS) Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk membentuk sebuah biasiswa baru.



Memandang ke hadapan, beliau berharap LBKM akan terus berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menyokong pelajar.



Bahkan, satu 'aspirasi yang menarik' adalah impian menjadikan LBKM satu sebuah yayasan, kata Dr Syed Harun.



"Apa pun bentuk LBKM pada masa depan, tumpuannya harus kepada usaha memastikan pelajar disokong dengan baik.



"Untuk menjadi yayasan, bukan sesuatu yang mustahil tetapi kami harus melihat apakah bentuk yang terbaik bagi LBKM.



"Kami berada dalam keadaan kukuh hari ini tetapi saya juga praktikal. Pada masa yang sama, tak salah kita untuk kita mengimpikannya.



"Bayangkan jika LBKM dapat meraih sokongan masyarakat untuk capai ke tahap itu, banyak yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar kita," ujarnya.




"Kehidupan berubah menerusi pendidikan, sama ada menerusi dermasiswa atau biasiswa. Apabila saya di universiti, saya juga mengajar tuisyen untuk membantu membayar yuran sekolah perubatan.



Mendengar kisah pelajar yang dibantu LBKM, mereka berkata biasiswa banyak membantu dan mereka boleh memberi tumpuan kepada pelajaran, dan mencapai prestasi baik.



Kesan daripada bantuan seperti ini sukar untuk dinilai. Inilah yang mendorong saya untuk melakukan lebih untuk membantu mereka."



- Presiden LBKM, Dr Syed Harun Tahan Alhabsyi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >