Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 nama ‘terkeluar’ senarai pengundi dek kesilapan elektronik

Sep 19, 2023 | 06:10 PM



Seramai 1,093 nama pengundi di sini telah dimasukkan semula ke dalam Daftar Pengundi selepas Jabatan Pilihan Raya (ELD) sebelum ini tersilap meletakkan mereka dalam senarai bukan pengundi bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

Kesilapan itu berlaku meskipun mereka yang terjejas telah melaksanakan tanggungjawab dengan mengundi sebelum ini.

Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, mendedahkan perkara tersebut pada Selasa (19 Sep) sebagai menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, tentang langkah yang akan diambil berkaitan isu itu.

Selepas Writ Pilihan Raya Presiden 2023 dikeluarkan dan sehingga Hari Mengundi pada 1 September 2023, seramai 1,093 warga Singapura memberitahu ELD mereka tidak menerima kad undi meskipun telah membuang undi semasa Pilihan Raya Umum 2020.

Menyentuh perkara tersebut, Encik Chan berkata kes-kes itu melibatkan lebih 500 pusat mengundi.

“ELD telah menyiasat perkara tersebut dan menyimpulkan sebab utama kesilapan ini adalah butiran NRIC pengundi yang terjejas tidak direkodkan oleh sistem pendaftaran elektronik yang diperkenalkan semasa Pilihan Raya Umum 2020.

“Ini kerana tatacara pendaftaran yang betul mungkin tidak dituruti oleh pengundi-pengundi yang terjejas, terutama sekali di pusat mengundi yang lebih sesak dan sibuk,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk Encik Singh dan juga Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong), Encik Chan memberi keyakinan ELD akan menguatkuasakan langkah tambahan dalam memaklumkan semua warga Singapura di bawah senarai bukan pengundi untuk mengesahkan status mereka.

Menerangkan tentang langkah tambahan itu dalam respons bertulis pada Isnin, Encik Chan berkata warga Singapura dalam senarai itu akan dimaklumkan secara individu melalui surat atau melalui khidmat notifikasi mesej di aplikasi Singpass, tambahnya.

Kata Encik Chan, langkah untuk memaklumkan individu yang tidak layak mengundi secara individu akan dilakukan sebagai menambah kepada pengumuman awam oleh ELD supaya pengundi memeriksa status mereka apabila senarai bukan pengundi dikeluarkan.

Dari Oktober 2020 hingga 11 Ogos 2023 apabila Writ Pilihan Raya Presiden dikeluarkan, sekitar 32,000 warga Singapura telah memeriksa dan mendaftar semula diri mereka untuk mengundi.

Mengenai isu keterhubungan alat digital yang digunakan semasa Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Presiden 2023, Encik Chan berkata secara purata, ia telah menjejas sekitar 30 peratus alat yang digunakan dalam satu jam sejak undian dibuka pada 1 September.

“Tiada bukti menunjukkan ini berpunca daripada serangan siber. Sebaliknya ia mungkin terjejas dek jumlah transaksi yang meningkat tinggi pada waktu pagi di mana sekitar 52 peratus daripada jumlah pengundi secara keseluruhan telah turun mengundi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >