Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10,000 pasangan jalani program 'Bersamamu'

Inisiatif bagi perkukuh perkahwinan akan terus dipertingkat: Faishal
Apr 02, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 10,000 pasangan telah menjalani program khas yang bertujuan memperkuat perkahwinan, sejak ia diperkenalkan sekitar dua tahun lalu.



Bilangan Kadi dan Naib Kadi juga hampir berganda daripada 27 kepada 52 dalam tempoh yang sama dan program Bersamamu itu akan terus diperkukuh bagi terus memberi sokongan kepada pasangan baru di masa depan, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Maklum balas daripada pasangan menunjukkan mereka mendapati program ini amat berkesan dalam mempersiapkan mereka untuk memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri, ujar Dr Faishal.



" Oleh itu, saya amat terharu dengan usaha para Kadi dan Naib Kadi yang juga mendampingi pasangan walau setelah mereka bernikah," ujar beliau lagi.



Dr Faishal berkata demikian dalam ucapannya di Rahat Bersamamu semalam, yang juga acara penghargaan bagi Kadi dan Naib Kadi.



Bersamamu dimulakan oleh sekumpulan Kadi dan Naib Kadi dan kini dikendalikan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan M Kuasa Tiga (M³).



Sejak 1 Julai 2019, semua pasangan Muslim yang mendaftar perkahwinan perlu menyertai Bersamamu.



Antara lain, program itu memperuntuk supaya pasangan pengantin baru didampingi seorang Naib Kadi sepanjang dua tahun pertama perkahwinan mereka.



Antara yang hadir di acara itu semalam ialah peserta Bersamamu, Encik Ahmad Syafiq Harris dan isterinya Cik Shazana Mohamed Jupri yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.



Menurut mereka, Naib Kadi Ustaza Ahmad Khusairi yang mendampingi mereka telah banyak memberi nasihat yang membina kepada mereka.




Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >