Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100,000 kanak-kanak 5-11 tahun sudah terima dos vaksin Covid-19

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 100,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Tambah kementerian itu, sekitar dua daripada lima murid darjah satu hingga enam di sekolah rendah telah menerima dos pertama vaksinasi mereka.



MOE turut berkata mulai esok, fasa vaksinasi yang seterusnya bagi kanak-kanak secara bertahap-tahap mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 mereka akan dimulakan.



Dalam pada itu, aturan 'walk-in' adik-beradik, atau aturan yang membolehkan adik-beradik mendapatkan vaksin Covid-19 tanpa janji temu, turut menunjukkan sambutan yang baik, dengan lebih 2,800 kanak-kanak telah mendapatkan vaksin mereka di bawah aturan itu dari Isnin hingga Khamis lalu dalam minggu pertama ia dilaksanakan.



"Secara purata, ini bermakna bagi setiap lima janji temu vaksinasi yang dibuat, kami melihat seorang adik-beradik yang 'walk-in' bagi suntikan mereka," kata MOE.



Sementara itu, kumpulan vaksinasi bergerak telah dikerahkan secara berperingkat kepada 12 daripada 20 sekolah pendidikan khas (Sped) sejak Rabu lalu.



Pasukan itu merangkumi kakitangan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) yang berpengalaman menyokong pelajar dengan keperluan khas.



Sejauh ini, dua daripada tiga pelajar sekolah Sped telah mendaftar bagi vaksinasi mereka.



MOE berkata vaksinasi akan membantu melindungi kanak-kanak dan juga orang di sekeliling yang tidak boleh mendapatkan vaksin Covid-19 atas sebab perubatan.



"Kami amat menggalak ibu bapa/penjaga untuk mengajak anak/anak jagaan yang layak dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin mereka secepat mungkin, menjelang tempoh perayaan akan datang di mana mungkin terdapat lebih banyak perhimpunan sosial, dan bersedia sebaik mungkin bagi gelombang Omicron yang dijangkakan," kata kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >