Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100,000 pekerja jalani peningkatan diri demi dapatkan gaji lebih baik: NTUC

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 100,000 pekerja telah dilengkapi dengan kemahiran untuk mendapatkan gaji dan prospek kerja lebih baik oleh Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dalam usaha memastikan semua pekerja dapat mengikuti rentak transformasi dan tidak ketinggalan, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



CTC dibentuk bersama kesatuan sekerja dan majikan demi membangunkan pelan transformasi lebih padu di peringkat firma, termasuk memikirkan latihan yang diperlukan bagi pekerja.



Terdapat 1,300 CTC yang dibentuk sejauh ini.



Dalam mesej Hari Pekerja, Presiden NTUC, Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menekankan kepentingan berganding bahu dengan rakan kongsi tiga pihak untuk menangani cabaran di tengah-tengah perkembangan global yang berubah.



"Pekerja di seluruh dunia hari ini sedang bertelagah dengan majikan dan pemerintah mereka. Mogok digunakan untuk meluahkan rasa tidak senang hati terhadap gaji yang tidak bergerak, usia persaraan, keadaan kerja yang tidak adil, dan ketidakupayaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup," kata pemimpin NTUC itu.



Justeru, NTUC akan bekerjasama dengan rakan tiga pihak bagi menangani "perkembangan geostrategik yang membimbangkan dan ketidaktentuan ekonomi, diiringi pula dengan perkembangan pesat dalam teknologi Industri 4.0 yang akan membentuk semula pekerjaan".



Menurut Cik Liew dan Encik Ng, cabaran semakin meningkat sedang negara melangkah masuk dunia pascapandemik.



Mereka turut menyentuh tentang usaha untuk membantu pekerja bergaji rendah, pekerja platform atau bekerja sendiri, karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), serta pekerja pertukangan.



Contohnya, menjelang Julai 2023, sekitar 135,000 pekerja termasuk mereka dalam sektor pengurusan sisa, runcit dan perkhidmatan makanan, akan meraih manfaat daripada gaji yang lebih tinggi melalui Model Gaji Progresif (PWM).



Bagi pekerja platform atau bekerja sendiri, NTUC telah bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak untuk memastikan mereka menerima perlindungan kewangan yang mencukupi terhadap kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan, menambah baik kecukupan persaraan dan perumahan melalui caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan hak untuk mendapatkan perwakilan rasmi.



Bagi pekerja pertukangan pula, seperti tukang paip dan juruelektrik, NTUC akan berusaha meningkatkan gaji dan prospek kerja dengan terus menggesa penggunaan Model Kemajuan Kerjaya yang dicadangkan.



Sementara itu, NTUC akan memastikan golongan PME meraih manfaat daripada amalan pekerjaan yang lebih adil.



"Bagi pekerja yang mempunyai keperluan pengasuhan, terutamanya wanita, kami akan terus menggalakkan majikan untuk membantu anda mengimbangi komitmen pekerjaan dan keluarga dengan melaksanakan pengaturan kerja yang fleksibel. Kami percaya inisiatif sebegini boleh memberi lebih ramai wanita keyakinan untuk kembali bekerja," tambahnya.



Bagi pekerja lebih tua pula, NTUC akan terus menyokong meningkatkan lagi usia persaraan dan pengambilan bekerja semula, katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >