Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN PERTAMA PEJABAT DIGITAL SG

Lebih 100,000 warga emas jalani latihan digital

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 100,000 warga emas telah meraih manfaat daripada latihan kemahiran digital yang dijalankan Pejabat Digital SG (SDO), dengan sembilan dalam 10 warga emas terus mengamalkan kemahiran yang dipelajari, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Digital Sepanjang Hayat semalam.



SDO, yang telah menjalankan lebih 250,000 sesi latihan untuk warga emas, telah membantu 18,000 pemilik gerai memulakan perjalanan digital mereka dengan menggunakan alat digital seperti pembayaran elektronik disepadukan. Lebih 60 peratus pemilik gerai Singapura telah menggunakan huraian itu.



Jumlah urus niaga bagi 12 bulan lalu hingga Julai 2021 adalah 1.8 juta, satu peningkatan berbanding 270,000 dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.



Nilai urus niaga juga meningkat ke $17.3 juta berbanding $2.9 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.



Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo memberi butiran terkini tentang usaha pendekatan SDO di acara yang berlangsung di hab masyarakat SG Digital baru di Kelab Masyarakat Jurong Spring semalam, sempena ulang tahun pertama SDO.



Cik Teo berkata mereka mahu pendigitalan memberi manfaat kepada semua termasuk warga emas dan penjaja.



"Menggunakan alat digital mungkin tidak datang secara semula jadi bagi mereka tetapi pemerintah ada di sini untuk membantu. Sebab itulah kami menubuhkan Pejabat Digital SG tahun lalu dan memulakan gerakan Digital Sepanjang Hayat tahun ini.



"Kedua-dua inisiatif telah membuat kemajuan baik dalam waktu yang agak singkat," katanya.



Beliau menambah bahawa dengan pengalaman yang diraih, mereka akan memperluas dan memperdalam usaha SDO.



Di bawah skim Akses Telefon Bimbit bagi Warga Emas, warga emas berpendapatan rendah yang mendaftar bagi pelan telefon bimbit boleh menikmati harga subsidi $5 sebulan selama dua tahun berbanding satu tahun sebelum ini.



SDO juga akan menubuhkan lebih 200 kaunter masyarakat bergerak untuk membawa khidmatnya lebih dekat kepada warga emas dalam masyarakat. Ini tambahan kepada 47 hab masyarakat yang sedia ada, menurut kenyataan tersebut.



Menurut Cik Teo, pendekatan akan diperluas daripada warga emas dalam masyarakat ke warga emas di tempat kerja serta golongan mudah terjejas lain seperti yang cacat pendengaran.



"Kami sedang mengajak lebih ramai rakan korporat dan masyarakat, supaya masa depan digital Singapura boleh menjadi benar-benar inklusif," kata Cik Teo.



Di acara tersebut, Cik Teo menyampaikan tanda penghargaan kepada warga emas ke 100,000 yang menimba kemahiran digital.



Beliau turut berinteraksi dengan warga emas, Duta Digital, Duta Kesejahteraan Infokom Warga Emas dan penjaja di Pasar dan Pusat Makanan Jurong West berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >