Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,100 sertai acara larian sokong penyelidikan barah

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada 1,100 peserta telah menyertai satu acara larian secara fizikal bagi menyokong penyelidikan barah di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) yang berlangsung di Marina Barrage, semalam.



Diberi nama Run for Hope, acara itu turut dibuka kepada mereka yang berlari secara maya.



Run For Hope 2022 merupakan salah satu acara larian paling lama pernah diadakan.



Sebagai memperingati Run For Hope yang memasuki tahun yang ke-29 kali ini, acara tersebut menyajikan dua kategori jarak baru sejauh 29 kilometer dan 290 kilometer, sebagai tambahan kepada larian fizikal yang meliputi 2.9 kilometer dan 10 kilometer.



Lantas, ini menawarkan peserta kemesraan berlari secara fizikal atau larian yang lebih fleksibel menerusi maya.



Satu kenyataan oleh Run For Hope 2022 semalam menyatakan acara itu dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, yang melancarkan acara berlari sejauh 10 kilometer.



Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCCS, Profesor William Hwang; Pengerusi Panel Pembangunan dan Advokasi NCCS, Cik Bianca Cheo; dan Presiden Operasi Hotel, Asia Pasifik, Four Seasons Hotels and Resort, Encik Rainer Stampfer.



"Kami telah menyokong Run For Hope dan Dana Penyelidikan Barah NCCS sejak 2008, dan telah melihatnya berkembang dengan semakin kukuh meskipun semasa pandemik.



"Kami harap untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyelidikan barah dan menyokong kerja di NCCS yang mengubah kehidupan dengan harapan ia beralih kepada masa depan yang bebas barah," kata Encik Stampfer.



Orang ramai masih boleh terus daftarkan diri bagi larian maya Run For Hope di www.runforhope.sg sehingga 15 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >