Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 12,000 pekerjaan ditawar di sektor ICT S'pura

Nov 24, 2020 | 07:10 PM



LEBIH 12,000 pekerjaan telah ditawarkan dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dengan sekitar 95 peratus daripadanya bagi golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET).



Ini berikutan penempatan kerja bagi 7,190 orang termasuk bagi jawatan latihan dalam sektor ICT antara April dan awal bulan ini di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.

 



Demikian menurut Kementerian Tenaga Kerja (MOM) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam laporan situasi pekerjaan pada Selasa (24 Nov).




Sekitar 2,160 daripada mereka mendapat pekerjaan, dengan hampir 85 peratus daripada mereka memegang peranan PMET.




Lagi 5,030 individu diberi peluang latihan, lapor The Straits Times.




Terdapat permintaan kuat bagi tenaga kerja bagi peranan seperti pemasaran digital, kejuruteraan sofwe dan keselamatan siber, kata MOM dan IMDA.




Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, tenaga kerja perlu dibentuk semula dan diubah.




Sejak 2015, lebih ramai penduduk setempat mengambil pekerjaan di sektor ICT - pengambilan kerja setempat telah meningkat sebanyak 17,000 orang, iaitu 71 peratus daripada jumlah pekerjaan dalam sektor itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >