Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,500 karyawan jagaan kesihatan raih manfaat latihan simulasi perubatan

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 1,500 karyawan penjagaan kesihatan telah meraih manfaat daripada simulasi perubatan dalam latihan penjagaan kesihatan semasa pandemik Covid-19.



Kumpulan karyawan penjagaan kesihatan ini, yang merangkumi mereka daripada pelbagai institusi penjagaan kesihatan, serta Angkatan Bersenjata Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura, telah mengikuti bengkel Pensijilan Sokongan Hidup Jantung Lanjutan (ACLS), yang dilancarkan pada Mei 2021.



Program latihan berasaskan simulasi itu menggantikan kuliah bersemuka selama enam jam.



Simulasi perubatan bertujuan mendedahkan karyawan penjagaan kesihatan kepada senario kehidupan sebenar dalam persekitaran yang selamat dan diawasi, dan membangunkan kemahiran membuat keputusan klinikal dan kecekapan dalam melaksanakan prosedur mereka.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, ketika berucap dalam Persidangan S3 semalam, berkata bahawa simulasi amat berguna semasa wabak apabila latihan secara fizikal dan perjalanan ke luar negara telah disekat.



"Peralihan kepada latihan dalam talian telah membolehkan program latihan yang kritikal diteruskan," ujarnya.



Bengkel secara maya itu juga diperluaskan kepada peserta dari rantau Asean.



Dr Janil menambah:



"Selaras dengan kemajuan yang dicapai dalam latihan perubatan simulasi di serata dunia, adalah penting untuk memastikan masyarakat penjagaan kesihatan di Singapura dapat meraih manfaatnya."



Simulasi perubatan telah dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan setempat untuk pelajar perubatan dan pelbagai pusat khusus simulasi juga telah ditubuhkan, menurut Dr Janil.



Ini termasuk Hab i3 SIMS yang dilancarkan SingHealth pada Januari lalu.



Penggunaan teknologi simulasi seperti realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) menyaksikan sambutan baik daripada pendidik klinikal, kata Dr Janil.



Hab itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,000 pelajar menjelang hujung tahun ini.



Dr Janil menambah bahawa adalah penting untuk melengkapkan pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi bidang yang semakin berkembang ini.



Pada Jun tahun ini, percubaan rintis bagi Program Fellowship SIMS, yang membangunkan pendidik penjagaan kesihatan menjadi pendidik simulasi atau pakar simulasi yang cekap, dikendalikan di Hospital Besar Sengkang.



Terdapat rancangan bagi program itu ditawarkan kepada kedua-dua pendidik tempatan dan antarabangsa dalam masa terdekat, kongsi Dr Janil.



"Dengan teknologi terus maju pada kadar yang pantas, masa depan adalah cerah untuk bidang simulasi penjagaan kesihatan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >