Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $170,000 dikumpul dalam ulang tahun ke-25 Persatuan Sindrom Down

Oct 04, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Sindrom Down (DSA) berjaya mengumpulkan lebih $170,000 dari majlis sambutan ulang tahunnya ke-25 malam kelmarin, yang akan disalurkan kepada empat inisiatif utamanya.



Empat inisiatif yang merangkumi Program Campur Tangan Awal, Pusat Kehidupan & Latihan Berdikari, Kesediaan Pekerjaan (Pekerjaan Terbuka) dan Dana Peningkatan Bakat, berharap dapat menyokong mereka yang mempunyai Sindrom Down untuk menjadi lebih berdikari dan menjalani kehidupan produktif dalam masyarakat yang inklusif.



Hadir pada majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La itu selaku tetamu terhormat adalah Presiden Halimah Yacob, dan suaminya, Encik Muhammad Abdullah Alhabshee, serta Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.



Sebagai meraikan Jubli Perak persatuan itu, mereka telah melancarkan video yang memaparkan peristiwa penting dan perjalanan DSA, bermula sebagai sebuah kumpulan sokongan ibu bapa pada 1995 hingga menjadi sebuah institusi bertaraf awam (IPC) hari ini.



"DSA bermula sebagai kumpulan sokongan awal untuk ibu bapa, beroperasi dari rumah salah seorang ibu bapa itu.



"Berkat kerja kerasnya, kami telah membuat kemajuan yang baik dalam menyokong mereka yang mempunyai Sindrom Down.



"Matlamat DSA adalah untuk membangun masyarakat yang inklusif, di mana mereka yang mempunyai Sindrom Down dapat menjalani kehidupan yang memuaskan dan bermakna, tidak dapat dicapai dengan sendirinya," kata Puan Halimah dalam satu catatan Facebook semalam.



Beliau menekankan bahawa sebagai majikan, jiran, dan rakan, mereka juga dapat memainkan peranan dalam memupuk sifat inklusif dan penerimaan yang lebih besar untuk setiap golongan.



Berucap di majlis hibrid yang dihadiri sekitar 100 tetamu dan disiarkan secara langsung di Facebook DSA, pengerusi DSA, Encik Alex Yan berkata bahawa masyarakat kini menjadi lebih terbuka dan mudah menerima golongan berkeperluan khas.



Beliau turut berkongsi bagaimana persatuan itu akan terus terlibat, menyokong dan memperkasakan golongan Sindrom Down pada setiap peringkat perjalanan hidup mereka dengan DSA, bagi memudahkan penyepaduan mereka dalam masyarakat, mengembangkan kemahiran mereka serta memberi mereka peluang untuk mencapai potensi penuh.



Sejak ditubuhkan, DSA sudah membantu lebih 800 orang menerusi pelbagai program dan khidmat tahun lalu.



Penerima bantuan itu termasuk 300 orang yang menghadapi Sindrom Down.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >