Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 175,000 kanak-kanak antara 5 hingga 11 tahun sudah terima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid-19

Jan 28, 2022 | 06:45 PM



LEBIH 175,000 kanak-kanak antara usia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, sebulan selepas program vaksinasi nasional ini diperluaskan bagi melibatkan kumpulan usia ini.



Lebih 25,000 kanak-kanak dalam kelompok usia ini juga telah menerima dua suntikan termasuk anak bongsu (dalam tiga beradik) Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Mendedahkan demikian dalam pos Facebook pada Jumaat (28 Januari), Encik Chan berkata ramai ibu bapa mengalu-alukan langkah membenarkan mereka mendapatkan anak-anak mereka agar menjalani vaksinasi tanpa perlu mendaftar bersama janji temu adik-beradik mereka.



Sejak Selasa (25 Januari), kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun boleh datang ke mana-mana pusat vaksinasi paediatrik bersama ibu bapa mereka untuk dapatkan suntikan tanpa membuat janji temu.



Aturan ini hanya untuk Isnin hingga Khamis.



Sebelum ini, hanya adik-beradik yang mengiringi seorang kanak-kanak dengan janji temu pada Isnin hingga Khamis boleh mendapatkan vaksinasi serentak.



Menyusuli langkah terkini itu, lebih 5,600 kanak-kanak telah memasuki pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan minggu ini, jelas Encik Chan.



Beliau mengingatkan ibu bapa yang merancang untuk memanfaatkan aturan langsung masuk untuk jalani vaksinasi pada petang Tahun Baru Cina pada Isnin (31 Januari) agar berbuat demikian menjelang 1 petang kerana pusat ini ditutup awal.



Tempat-tempat ini akan ditutup pada dua hari sambutan Tahun Baru Cina pada 1 dan 2 Februari.



Encik Chan berkata beberapa ibu bapa bertanya jika pihak berkuasa boleh melanjutkan aturan masuk langsung tanpa pendaftaran awal pada Jumaat dan hujung minggu juga.



Namun, ini belum lagi mampu dilaksanakan kerana pendaftaran janji temu vaksinasi sudah penuh pada hari-hari berkenaan. 



Encik Chan menambah pihak berkuasa akan terus memantau bentuk tempahan dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memudahkan keluarga sejurus lebih ramai kanak-kanak sudah menerima suntikan mereka.



Encik Chan meminta ibu bapa dengan soalan mengenai keselamatan vaksin agar menonton rakaman video webinar yang dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan (MOE), MOH dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), yang dipaparkan awal bulan ini.



Video ini telah dimuatnaikkan ke halaman YouTube MOE.



Sehingga 23 Januari, sejumlah 17,699 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun telah dijangkiti Covid-19 sejak awal pandemik, dengan 2,586 orang dirawat di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >