Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 20,00 tunjuk sokongan acara buat golongan keperluan khas

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 20,000 orang telah menunjukkan sokongan mereka bagi acara The Purple Parade, yang merupakan gerakan terbesar untuk menyokong inklusiviti dan meraikan golongan berkeperluan khas di Singapura.



Gerakan diusul orang ramai yang dikelolakan pertubuhan berkeperluan khas setempat dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tengah Singapura kembali buat tahun kesembilan kali ini.



Dek pandemik Covid-19 yang masih belum reda, konsert The Purple Parade diadakan secara hibrid dengan konsert 'live' itu turut disiarkan di Facebook The Purple Parade petang semalam.



Ini menyusuli kejayaan konsert tahun lalu yang diadakan dalam talian sepenuhnya tahun lalu,



Konsert inklusif selama 90 minit tahun ini sekali lagi menampilkan kedua-dua individu berkeperluan khas dan tidak berkeperluan khas membuat persembahan bersama.



Antaranya termasuk kumpulan The Purple Symphony yang membuat persembahan di hadapan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang hadir selaku tetamu terhormat bagi acara di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.



Semasa berucap di konsert tersebut, Encik Masagos berkata gerakan yang menyokong golongan berkeperluan khas itu penting dalam usaha Singapura membina sebuah negara yang prihatin dan inklusif.



"Sebuah negara di mana orang kurang upaya diiktiraf, diperkasa untuk menjadi anggota masyarakat adalah penting di mana mereka dapat menyumbang.



"Golongan kurang upaya tidak berbeza dengan kita. Mereka juga mempunyai keperluan yang sama seperti orang lain.



"Ramai mempunyai keupayaan berbeza, namun kehidupan mereka masih bermakna, dalam cara mereka sendiri," kata Encik Masagos.



Mayor Daerah Central Singapore, Cik Denise Phua, yang juga merupakan penasihat bagi gerakan The Purple Parade ini berkata meskipun dihambat ketidakpastian disebabkan pandemik ini, gerakan tersebut perlu meneruskan usaha mereka sambil menambah ia akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran, mengambil tindakan untuk menyokong masyarakat dan kerja advokasi.



Beliau berkata: "Gerakan ini mesti merangkumi kedua-dua orang berkeperluan khas dan tidak berkeperluan khas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >