Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 220,000 permohonan surat kuasa berkekalan diterima hingga hujung Mei

Jul 22, 2023 | 08:15 PM



Lebih 220,000 permohonan bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA), dokumen guaman yang membolehkan seseorang mengamanahkan seorang individu lain untuk membuat keputusan baginya jika beliau hilang daya pemikiran, telah diterima Pejabat Penjaga Awam (OPG) hingga 31 Mei 2023.

Ini termasuk lebih 57,000 permohonan LPA yang dihantar secara dalam talian sejak sistem dalam talian OPG (OPGO) dilancarkan pada November 2020, demikian menurut OPG dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, Kempen Pra-Perancangan juga dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Singapura berkaitan penggunaan LPA dan Pelan (ACP) dan mendorong mereka mendaftar.

Kempen itu antara lain seperti ceramah, pameran selain pensijilan LPA percuma serta kemudahan ACP bagi warga emas berumur 50 tahun dan ke atas.

Satu portal sehenti MyLegacy@LifeSG juga telah dibangunkan untuk rakyat Singapura mengakses sumber berkaitan dengan mudah dan menerima sokongan diperlukan untuk melengkapkan LPA dan ACP mereka.

Dalam ucapannya semasa acara Kempen Pra-Perancangan 2023 di Our Tampines HUB pada Sabtu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata orang ramai seringkali membuat perancangan dalam kehidupan seharian termasuk persiapan masa depan seperti bersedia bagi tempoh sukar, pendidikan anak dan tujuan persaraan.

“Begitu juga, kita perlu merancang buat diri sendiri dan orang tersayang sekiranya kita hilang keupayaan mental kita. Inilah tujuan ACP dan LPA diadakan.

“ACP merekodkan keutamaan kita tentang perkara yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan kita, dan melantik jurucakap untuk membuat keputusan bagi pihak kita, apabila kita tidak dapat melakukannya.

“LPA memberikan orang yang dilantik kuasa undang-undang ke atas pengurusan kebajikan kita, kewangan kita dan juga harta benda kita.

“ACP dan LPA saling melengkapi untuk menyokong pilihan kita apabila kita tidak lagi dapat membuat keputusan kerana kehilangan keupayaan mental. Melalui kedua-dua ACP dan LPA, orang yang kita sayangi diberi kuasa dan lebih terjamin apabila membuat keputusan,” kata Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Dalam memudahkan rakyat Singapura mendaftar bagi LPA dan ACP, beliau memaklumkan bahawa pemerintah telah membuat proses permohonannya lebih mudah sejak beberapa tahun lalu.

Malah, sejak November 2022, rakyat Singapura telah dapat membuat LPA melalui OPGO dan lebih 50,000 permohonan dalam talian telah dibuat sejak itu, tiga kali lebih banyak daripada 2021.

Berkaitan Kempen Pra-Perancangan, Encik Masagos berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Singapura mengenai LPA dan ACP dengan pihaknya akan terus mendekati lebih ramai rakan termasuk pertubuhan akar umbi, majikan awam dan swasta, pertubuhan agama, agensi sosial dan lain-lain lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >