Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 235,000 rentasi pusat pemeriksaan darat pada 6 Apr

ICA: Rekod tertinggi sejak sempadan darat dibuka
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 235,000 orang telah meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 6 April, menjelang hujung minggu panjang Good Friday.



Ini merupakan trafik keluar harian tertinggi yang direkodkan sejak sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula kira-kira setahun lalu.



Lonjakan trafik dilihat sejak petang Khamis dan terdapat kesesakan teruk di kedua-dua pusat pemeriksaan, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu.



Hampir 1.4 juta pelancong merentasi dua pusat pemeriksaan darat sepanjang tempoh hujung minggu panjang dari 6 hingga 9 April, tambah ICA.



Good Friday jatuh pada 7 April dan Pesta Qing Ming bermula pada 5 April.



Memandangkan lebih satu juta pelancong merentasi pusat pemeriksaan darat semasa hujung minggu Good Friday pada 2019, angka semasa menunjukkan bahawa trafik telah kembali ke tahap prapandemik.



ICA berkata kesesakan dari Malaysia menyebabkan kelewatan di tempat berlepas Singapura.



"Barisan kenderaan melepasi Ekspreswe Seletar bagi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan di sepanjang Ekspreswe Ayer Rajah bagi Pusat Pemeriksaan Tuas," tambahnya.



The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa kamera langsung di portal OneMotoring menunjukkan kesesakan yang teruk di kedua-dua pusat pemeriksaan sepanjang hari.



Semakan pada sebelah malam menunjukkan bahawa pelancong yang menyeberangi sempadan dijangka mengambil masa antara enam dan tujuh jam untuk masuk ke Malaysia dan mereka yang melintas dari Tuas dijangka mengambil masa antara tujuh dan lapan jam.



ICA berkata ia mengambil beberapa langkah untuk membantu menguruskan kesesakan dan memudahkan pergerakan pelancong.



Ini termasuk bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan penyedia perkhidmatan bas rentas sempadan untuk menjadualkan lebih banyak bas.



ICA juga mengerahkan lebih ramai pegawai ke kawasan yang memerlukan lebih banyak sokongan dan mengemas kini situasi trafik dengan kerap di platform seperti halaman Facebooknya dan melalui siaran radio tempatan.




"Barisan kenderaan melepasi Ekspreswe Seletar bagi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan di sepanjang Ekspreswe Ayer Rajah bagi Pusat Pemeriksaan Tuas."
- Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >