Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300 individu dilatih, dilantik penasihat kerjaya WSG

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 300 individu telah dilatih dan dilantik sebagai penasihat kerjaya di bawah daya usaha Penasihat Kerjaya sukarelawan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) sejauh ini.



Mereka merangkumi eksekutif kanan, pengarah syarikat, pemimpin kesatuan, karyawan sumber manusia (HR), alumni program WSG dan pemilik perniagaan dalam sembilan sektor, termasuk sektor pertumbuhan utama seperti elektronik, penjagaan kesihatan, logistik, teknologi infokom dan kemampanan.



WSG dalam kenyataannya semalam berkata, sebagai sebahagian daya usaha itu, lebih 3,000 individu telah menyertai acara kerjaya dan sesi penasihat sejauh ini.



Melalui inisiatif itu, individu boleh lebih memahami industri yang diminati dengan mendapatkan perkongsian pengalaman relevan oleh penasihat kerjaya sukarelawan.



Penasihat kerjaya tersebut juga dapat membantu mengenal pasti dan menangani jurang kemahiran yang diperlukan untuk menukar kerjaya dan maju dalam sektor tertentu, serta menyarankan inisiatif dan program yang boleh disertai untuk mempertingkat kemahiran.



Antara lain, penasihat kerjaya juga boleh berkongsi nasihat tentang apa yang dicari syarikat dalam sektor yang sedang merekrut pekerja dan membimbing individu tentang kemahiran relevan atau boleh dipindahkan yang boleh memberi nilai kepada syarikat.



Ketua Eksekutif WSG, Encik Tan Choon Shian, berkata usaha membuat keputusan kerjaya yang penting boleh menjadi sesuatu perkara yang menggentarkan, dan sesetengah individu mungkin tidak bersedia mendapatkan bimbingan kerjaya profesional.



Oleh itu, penasihat kerjaya sukarelawan itu bertindak sebagai jambatan untuk membantu mereka membuat keputusan kerjaya lebih termaklum dengan lebih yakin.



Ini kerana sokongan rakan boleh membuat perbezaan besar kepada semangat dan kesejahteraan emosi mereka, kata Encik Tan.



"Kami gembira melihat ramai Penasihat Kerjaya sukarelawan yang tampil meluangkan masa untuk menyediakan bimbingan kepada rakan pekerja mengharungi perjalanan kerjaya mereka.



"Kami menggalak lebih ramai individu memanfaatkan inisiatif ini dan secara proaktif merancang kerjaya dan pembangunan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >