Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 400 disiasat disyaki terlibat dalam 1,053 penipuan, mangsa hilang lebih $10.9j

Mar 27, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 400 orang sedang membantu dalam siasatan polis ke atas kes penipuan yang menyebabkan mangsa kehilangan lebih $10.9 juta.



Sejumlah 275 lelaki dan 134 wanita, berusia antara 16 dengan 80 tahun, disyaki terlibat dalam lebih 1,053 kes, sama ada sebagai penipu atau keldai wang, menurut polis dalam satu kenyataan pada Ahad.



Kes itu terdiri daripada penipuan pelaburan, e-dagang, memancing data, pekerjaan dan cinta Internet serta penyamaran sebagai pegawai pemerintah.



Satu operasi selama dua minggu dijalankan pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen darat polis antara 10 dengan 23 Mac.



Suspek sedang disiasat bagi penipuan, penggubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan bayaran tanpa lesen.



Polis berkata mereka "mengambil pendirian serius terhadap sesiapa saja yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelaku akan ditangani mengikut undang-undang".



"Untuk mengelak menjadi seorang pensubahat jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit anda kerana anda akan dipertanggungjawabkan sekiranya ia dikaitkan dengan jenayah," tambahnya.



Bagi kes menipu, seseorang pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Kesalahan mengubah wang haram membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau kededua hukuman.



Mereka yang menawarkan khidmat bayaran di Singapura tanpa lesen boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda hingga $125,000, atau kededua hukuman.



Awal bulan ini, polis berkata 357 suspek, berusia antara 16 dengan 75 tahun, disiasat kerana dikatakan terlibat dalam penipuan dan operasi keldai wang yang menyebabkan kerugian lebih $4 juta.



Pada masa itu, polis berkata para suspek dipercayai terlibat dalam lebih 1,160 kes penipuan.



Ia terdiri daripada penipuan panggilan kawan palsu, pelaburan, e-dagang, pekerjaan, dan menyamar sebagai pegawai pemerintah.



"Untuk mengelak menjadi seorang pensubahat jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit anda kerana anda akan dipertanggungjawabkan sekiranya ia dikaitkan dengan jenayah."



- Polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >