Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 400 peluang latihan ditawar sempena pesta ilmu, kerjaya

Zaqy: Warga perlu ada pemikiran terbuka terhadap perubahan dan terima penguasaan kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat
Jul 23, 2018 | 05:30 AM



SEKITAR 800 orang mengunjungi Pesta SkillsFuture@South West semalam yang menawarkan lebih 400 peluang latihan dan kerjaya.



Antara bidang itu termasuk penjagaan bayi, gubahan bunga dan kerja membaiki sistem paip.



Seramai 250 pengunjung telah mendaftar bagi menyertai kursus yang ditawarkan, kata penganjur bersama acara itu, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West.



Acara di Kelab Masyarakat Keat Hong itu bertujuan mendorong penduduk mempelajari kemahiran kehidupan berguna bagi pencapaian peribadi atau kerjaya masa depan mereka.



Bertema 'SkillsFuture Gets Hands On!' (SkillsFuture Menjadi Amali), pesta yang turut dianjurkan SkillsFuture Singapura (SSG), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) itu menawarkan pengunjung peluang meraih kemahiran memperbaiki barang rosak seperti menukar paip air dan menggerudi lubang.



Pengunjung juga berpeluang belajar memakai solekan, melakukan urutan senaman asas, menggubah bunga dan beberapa teknik memasak.



Tetamu terhormat di acara itu, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, dalam ucapannya berkata semua orang perlu mempunyai pengetahuan dan kelincahan tertentu dalam menggunakan kemahiran berbeza pada konteks berbeza.



"Di peringkat peribadi, pembelajaran kemahiran baru menimbulkan rasa pencapaian dan kepuasan, dan membantu individu meningkatkan potensi mereka dalam bidang pekerjaan yang berbeza.



"Di peringkat profesional, peningkatan kemahiran yang berterusan memastikan seseorang kekal relevan dan boleh diambil bekerja dan membuka lebih banyak kemajuan kerjaya di tempat kerja.



"Oleh itu, penting bagi kita semua, tanpa mengira titik permulaan, mempunyai pemikiran terbuka terhadap perubahan dan menerima penguasaan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat," kata Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa orang ramai harus menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu atau dua kemahiran vokasional bagi kerjaya masa depan atau untuk digunakan sebagai sandaran.



"Kemahiran vokasional boleh melanjutkan atau membantu kita menukar kerjaya kita dengan kemahiran praktikal, dan memperbaiki pendapatan kita," kata Encik Zaqy.



Mayor CDC South West, Cik Low Yen Ling, pula berkata Pesta SkillsFuture@South West itu memberi penduduk peluang meraih kemahiran amali yang berguna.



"Sama ada memperbaiki paip atau menggubah bunga, ada sesuatu buat semua orang belajar.



"Kami berharap untuk menimbulkan sifat ingin tahu dan keghairahan untuk belajar yang serba baru dalam penduduk kami," katanya.



Salah seorang pengunjung ke pesta itu, Cik Azlina Amat, berharap untuk meraih kemahiran baru supaya dapat memulakan perniagaan dari rumah sambil menjaga tiga anak kecilnya.



"Saya mendapat tahu tentang pesta ini menerusi risalah yang dihantar ke rumah dan ke sini dengan harapan dapat mendaftar bagi kursus yang saya minati seperti dalam bidang menjahit.



"Dengan kemahiran menjahit, saya akan dapat menjahit baju anak saya dan juga menerima tempahan menjahit kelak," kata suri rumah berusia 39 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >