Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,000 pekerja migran naik Singapore Flyer guna baucar Teroka Semula SG ihsan warga

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 4,564 pekerja migran diberi peluang menikmati pemandangan indah Singapura dari Singapore Flyer.



Inisiatif perusahaan sosial ItsRainingRaincoats (IRR) ini dijayakan dengan sumbangan wang warga Singapura dan baucar Teroka Semula Singapura (SRV) yang disumbang mereka.



Dalam pada itu, pihak Singapore Flyer turut memberikan dua tiket percuma bagi setiap tiga tiket yang didermakan warga Singapura, menurut Cik Lim Yeen Tee Jocelyn, ketua relawan bagi inisiatif tersebut.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Cik Lim berkongsi bahawa sambutan daripada warga Singapura amat baik sekali dan melampaui jangkaannya.



Kini, terdapat 20,000 tiket secara keseluruhan yang belum dipakai dan IRR bakal membawa lebih ramai pekerja migran ke tarikan tersebut pada hari-hari Ahad tertentu.



Berkongsi pemerhatiannya, Cik Lim berkata pekerja migran yang telah dibawanya ke Singapore Flyer sangat gembira dan ada yang tidak sabar untuk naik Singapore Flyer.



"Ada seorang pekerja yang buat panggilan video kepada isterinya di India kerana beliau sangat ghairah. Beliau tidak mahu memetik foto sebaliknya buat panggilan video untuk tunjukkan isteri beliau pemandangan Singapura," ujarnya.



Menurut Cik Lim, orang ramai masih boleh membuat sumbangan di wadah Klook menerusi laman www.klook.com/en-SG/activity/53385-singapore-flyer/.



Sekeping tiket berharga $35.



"Saya amat tersentuh dengan sikap dermawan warga Singapura dan saya berharap warga Singapura lebih-lebih lagi mereka yang di luar negara atau yang tiada niat untuk menggunakan baucar mereka menggunakannya untuk membeli tiket bagi pekerja asing. Ia juga baik buat ekonomi," tambah beliau.



Antara yang telah mendermakan baucar SRV mereka adalah Cik Rahimah Bahri, 55 tahun, serta keluarganya. Beliau membeli tiga tiket, $100 menerusi baucar SRV dan $5 wang beliau sendiri.



Suaminya, Encik Andy Laurens, 60 tahun, melakukan yang sama dan anaknya, Cik Nicole Fiona Laurens, 28 tahun, mendermakan satu tiket.



Berkongsi mengapa beliau tergerak untuk mendermakan baucar beliau, Cik Rahimah, seorang pengurus jururawat, berkata anaknya, Cik Nikita Freda Laurens, 23 tahun, memberitahu beliau bahawa pekerja migran membina Singapore Flyer tetapi tidak berpeluang menaikinya.



Memandangkan beliau tidak menggunakan baucarnya, ibu dua anak itu memutuskan untuk memberikannya kepada pekerja migran.



"Kami mahu pekerja migran melihat bandar yang mereka bantu bina. Walaupun dengan pandemik ini, kami amat bertuah kerana dapat menjalani kehidupan yang selesa. Inilah sekurang-kurangnya apa yang kami boleh lakukan buat mereka untuk menunjukkan mereka kami menghargai kehadiran mereka dalam negara kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >