Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran ‘Empress of the Cradle’ ambil tempoh 3 dekad untuk dihasilkan

Sep 17, 2023 | 02:00 PM



Pameran lukisan secara solo ke-4 Empress of the Cradle dianggap Sunar Sugiyou sebagai pameran amat penting baginya.


Ini kerana, karya lukisan bersifat peribadi itu mengembara kembali ke masa lalu – ke tanah tumpah darah – tempat kelahiran bapanya di Jawa Tengah, Indonesia.

Lakaran 16 lukisan menggunakan teknik dakwat cair Cina yang dipamerkan mengambil masa tiga dekad untuk digambarkan di kertas. 

“Dalam dunia kita yang semakin membingungkan, akan tiba masanya kita perlu mengesahkan dan menjalin semula hubungan kita dengan asal usul serta mengakui sejarah kita,” ujar Sunar.







Kembara beliau, pada usia 15 tahun, bersama bapa bermula pada 1976 untuk menjejaki semula keturunan di kampung Pacing Wedi, Jawa Tengah, yang telah ditinggalkan bapanya semasa Perang Dunia Kedua pada 1940. 

Bapa beliau berpesan agar Sunar tidak sekali-kali melupakan asal usul mereka “kerana dari situ kita mengenal siapa kita”.

Dalam pencarian itu, akhirnya bapa Sunar berhasil menjejaki kembali ibu bapa serta adik-beradik yang sekian lama terpisah.

Suasana pertemuan sangat syahdu bercampur gembira.

Sunar turut dibawa melawat Candi Prambanan di Jogjakarta buat kali pertama.







Candi atau kuil Prambanan memaparkan keagungan seni dan seni bina Hindu Jawa kuno.

Bangunan candi dibina memuncak seperti Gunung Kosmik yang berasaskan dua konsep, kerohanian asas Gunung Kosmik dan Pohon Kehidupan.

Kedua-dua itu telah digabungkan secara unik ke dalam simbol gunung; yang mungkin merupakan simbol budaya Jawa yang paling dikenali. Gunung juga merupakan salah satu karakter dalam persembahan wayang kulit.

Dalam kepercayaan Jawa, Gunung Kosmik melambangkan alam semesta dan telah wujud sebelum masa bermula. Ia mewakili kedua-dua dunia yang wujud dan ghaib.

Masyarakat Jawa juga berpendapat pergunungan itu melambangkan kosmos, permulaan dan pengakhiran segala-galanya.

“Saya tidak ada kata-kata untuk menggambarkan betapa hebat dan cantik struktur mega di depan saya.

“Saya melihat alam semesta dari kaca mata yang baru dan kelainan. Prambanan seperti detik permulaan dan akhir buat segalanya. Saya diam seribu bahasa,” kongsi Sunar.







Saya mewarisi harta yang amat berharga yang ditinggalkan bapa saya. Ia adalah kesedaran tentang asal usul tanah tumpah darah serta pertalian kekeluargaan.

Lakaran Prambanan dilukis sebagai tanda penghargaan kepada bapa Sunar.

BUTIRAN PAMERAN

  • Sunar Sugiyou, ‘Empress of the Cradle’
  • 7 hingga 18 September
  • Tempat: Suite 88A, Deskar Road, Singapura 209610
  • Masa: 1 petang hingga 7 malam



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >