Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 50% kaum bapa ambil cuti paterniti

Naik berbanding 25 peratus pada 2013
Jun 17, 2023 | 08:09 PM



Jumlah bapa yang memanfaatkan cuti paterniti dibiayai pemerintah meningkat dua kali ganda sejak ia diperkenal sedekad lalu.

Lebih 50 peratus golongan bapa warga Singapura yang bekerja mengambil cuti paterniti berdasarkan data hingga akhir Mac 2023, berbanding 25 peratus pada 2013, menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD).

Mengulas lanjut dalam jawapannya kepada Berita Minggu (BM), jurucakap MSF dan NPTD berkata kebanyakan bapa ingin memanfaatkan cuti paterniti demi memainkan peranan lebih besar dalam penjagaan anak-anak mereka.


Meskipun demikian, masih wujud faktor yang menjejas keputusan mereka menggunakan cuti tersebut.

“Faktor utama – tidak kira jenis pekerjaan atau syarikat – yang menjejas pengambilan cuti paterniti bagi bapa yang bekerja adalah sokongan di tempat kerja daripada penyelia dan rakan kerja.

“Ini termasuk sama ada penyelia dapat meyakinkan pekerja bahawa kerjaya mereka tidak terjejas jika mereka mengambil cuti paterniti dan ada kakitangan lain yang membantu dalam melaksanakan tugas mereka apabila mereka tiada,” ujar jurucakap MSF dan NPTD.

Usaha mengurangkan ‘stigma’ itu perlu diterajui pemimpin organisasi daripada golongan bapa, kata Pengarah U Wanita dan Keluarga, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling.

“Organisasi boleh menggalakkan kaum bapa menggunakan cuti paterniti mereka dengan memastikan pemimpin organisasi lelaki mereka menunjukkan contoh yang baik dan menghapuskan tanggapan bahawa cuti paterniti menjejas penilaian prestasi mereka,” kata Cik Yeo.

Beliau turut menggesa majikan menerapkan Piawai Tiga Pihak berkaitan Keharmonian Pekerjaan-Hidup dan menawarkan aturan kerja fleksibel (FWA) bagi mewujudkan persekitaran kerja lebih baik.

Walau bagaimanapun, peningkatan dalam jumlah bapa yang bersedia memanfaatkan cuti bapa amat menggalakkan kerana ia mencerminkan sentimen kaum bapa kini yang ingin lebih terlibat dalam kehidupan anak-anak mereka, menurut Ketua Makmal Sosial, Institut Kajian Dasar (IPS), Dr Mathew Mathews.

Dr Mathews memberitahu BM bahawa peningkatan tersebut akan berterusan, menyerlahkan norma yang semakin berubah.

“Ramai kaum bapa daripada golongan muda menjaga anak-anak, sepertimana yang dilakukan isteri mereka.

“Dengan lebih ramai lelaki yang bersedia memanfaatkan cuti paterniti, ia memberikan isyarat kepada bapa lain dan juga organisasi bahawa ia satu perkara penting bagi golongan ibu bapa muda. Ini langkah ke arah sistem organisasi yang lebih baik untuk memudahkan proses tersebut,” kata Dr Mathews.

Menurut beliau, langkah pemerintah melanjutkan tempoh cuti paterniti serta rancangan menjadikannya cuti wajib menekankan lagi pentingnya keluarga, terutama sekali bagi generasi lebih muda, termasuk kaum lelaki.

Ini bermaksud tempat kerja perlu mengambil kira kaum bapa yang juga perlu mengambil ‘time off’ dari kerja demi melaksanakan tanggungjawab mereka, bukan sahaja kaum ibu, katanya.

Pada masa yang sama, cuti paterniti yang diberikan secara automatik sejurus pekerja lelaki dikurniakan seorang anak boleh mengurangkan kejanggalan yang dirasakan kaum bapa, menurut Pengurus, Kakitangan dan Budaya di AMP, Cik Maisarah Dasukie.

Badan tersebut dapat melihat peningkatan secara purata daripada segi pengambilan cuti bagi penjagaan anak-anak oleh kakitangan lelaki, termasuk cuti yang dikongsi ibu bapa, menurut Cik Maisarah.

“Dengan adanya cuti paterniti, kaum bapa dapat meluangkan masa dengan anak untuk membentuk jalinan emosi.

“Tanggungjawab membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab bersama, “ ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >