Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 620 disiasat, disyaki terlibat pelbagai kes tipu cecah $21j: Polis

Jul 25, 2023 | 01:35 PM



Lebih 620 suspek yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dan operasi keldai wang sedang disiasat.

Mangsa dilapor kehilangan lebih $21 juta.

Akhbar The Straits Times melaporkan, 421 lelaki dan 203 wanita – berumur antara 16 dengan 71 tahun – dipercayai terlibat dalam lebih 2,600 kes.


Ia terdiri daripada penipuan pekerjaan, penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan pinjaman, penipuan menerusi pancingan data atau ‘phishing’, dan penipuan di mana mereka menyamar sebagai pegawai pemerintah.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, polis berkata pegawai Jabatan Ehwal Komersial dan divisyen darat polis telah berjaya menangkap kesemua yang disyaki dalam jangka masa dua minggu, dari 7 hingga 20 Julai.

Mereka disiasat atas pelbagai kesalahan seperti menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen, kata kenyataan.

Jika didapati bersalah menipu, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Sesiapa yang disabitkan dengan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000, atau kededuanya sekali.

Pesalah boleh didenda sehingga $125,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kededuanya jika sabit kesalahan menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.

“Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam sebarang kegiatan jenayah, orang ramai dinasihatkan supaya menolak sebarang permintaan untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan polis, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau memberikan maklumat menerusi laman web, police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >