Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 550,000 pengunjung ke bazar Ramadan di Kampong Glam: Faishal

Apr 24, 2023 | 08:35 PM



LEBIH daripada 550,000 pengunjung telah ke Kampong Glam,  sepanjang Ramadan yang baru lalu, apabila bazar raya ‘Raikan Cahaya Ramadan’  berlangsung.

Memberikan perangkaan terkini bilangan pengunjung ke sana, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata  bazar tersebut merupakan contoh bagaimana pihak berkepentingan yang berbeza bekerjasama untuk  meraikan warisan yang kaya, budaya dan masyarakatnya, dalam menjemput kembali warga Singapura dan pelancong dari semua lapisan kehidupan selepas pandemik.



Dr Faishal berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada Isnin (24 April).



Dalam catatannya itu, Dr Faishal berkata beliau menjadi penasihat Kampong Glam Alliance pada lewat 2021, bagi menyokong kumpulan itu serta usaha anggotanya (seperti  One Kampong Glam dan Masjid Sultan) dalam mengukuhkan K ampong Glam sebagai sebuah kawasan warisan yang menawan.



“Satu perkara utama yang mereka telah lakukan ialah Rancangan Tempat Kampong Glam yang akan membimbing usaha pihak berkepentingan untuk  memampan kawasan ini sebagai sebuah tempat masyarakat, budaya, warisan dan keusahawanan yang lebih baik.



“Idea-idea dalam draf Rancangan Tempat ini akan membimbing bagaimana kumpulan pihak berkepentingan yang berbilang bekerjasama untuk menghasilkan program-program bermakna yang menyambut warisan kaya, budaya serta masyarakat, untuk menjemput kembali warga Singapura dan pelancong dari semua lapisan kehidupan selepas pandemik,” tambahnya.



Beliau kemudian memetik bazar Raikan Cahaya Ramadan sebagai satu contoh yang berjaya.



Berdasarkan bazar-bazar kecil yang sudah lama dikenali – yang dimulakan bekas penduduk kawasan tersebut yang sebelum ini diuruskan Masjid Sultan – bazar tahun ini oleh One Kampong Glam adalah yang terbesar sejak beberapa dekad.



Dengan sokongan masyarakat, lebih 550,000 pengunjung telah ke Kampong Glam, seganda lebih banyak berbanding 2022.



Ia mengembalikan dan mengukuhkan tenaga yang baik yang menjadikan kawasan ini amat istimewa, katanya lagi.



“Saya amat gembira melihat ramai keluarga, kumpulan sahabat dari semua lapisan usia, bekas penduduk dan pengunjung baru, menikmati tawaran dan masa berkualiti yang dihabiskan bersama dengan menikmati sausana istimewa ini, menjadikan kenangan baru di jalan raya warisan yang cantik,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >