Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 700 keluarga flat sewa berjaya beli flat sendiri tahun lalu

HDB
Jan 24, 2023 | 01:09 PM



LEBIH 700 isi rumah yang tinggal di flat sewa awam berjaya memiliki rumah sendiri tahun lalu hasil bantuan pelbagai skim dan geran perumahan yang disediakan, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Di samping itu, sehingga Disember lalu, hampir kesemua daripada 95 keluarga yang disertakan dalam Skim Perumahan Permulaan Baru sejak ia diperkenalkan pada 2016 telah dapat membeli rumah baru sendiri.



Skim itu membantu keluarga dengan anak-anak di flat sewa – yang sebelum ini pernah menerima sekurang-kurangnya satu subsidi perumahan – membeli flat dua bilik fleksi dengan tempoh pajakan lebih pendek antara 45 dengan 65 tahun berbanding tempoh pajakan biasa selama 99 tahun.



Namun, mereka tidak lama lagi akan mempunyai pilihan membeli flat tiga bilik bermula dengan pelancaran penjualan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan depan.



Sejak sedekad lalu, lebih 7,800 keluarga flat sewa telah berjaya memiliki rumah sendiri, kata HDB dalam kenyataannya. 



Sementara itu, lagi 2,300 keluarga pula telah menempah flat dan sedang menanti ia selesai dibina.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata perangkaan tersebut menunjukkan bahawa langkah memiliki rumah sendiri adalah satu matlamat yang boleh dikecapi.

“Dengan usaha daripada keluarga dan sokongan kukuh daripada pemerintah dan masyarakat, saya berharap ini akan menggalak lebih ramai keluarga untuk berusaha ke arah matlamat ini.



“Kami rasa terdorong dan kami akan terus bekerjasama dengan lebih ramai keluarga yang tinggal di flat sewa dan menghubungkan mereka dengan platform lain, seperti ComLink dan usaha masyarakat lain.

“Ini untuk memberikan mereka kestabilan dan kemampanan supaya mereka dapat memiliki rumah sendiri,” kata beliau.



Memberi butiran mengenai perangkaan tersebut, HDB berkata tujuh daripada 10 isi rumah yang berjaya memiliki flat sendiri tahun lalu telah membeli flat dari HDB dan bakinya membeli flat jualan semula.



Sekitar dua pertiga daripada mereka meraih manfaat daripada pelbagai geran perumahan, seperti Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000.

Sebahagian besar isi rumah itu membeli sama ada flat tiga bilik atau empat bilik di estet bukan matang.

Kira-kira separuh membeli flat tiga bilik, sementara sekitar seperempat membeli flat empat bilik dengan geran perumahan.

Kebanyakan keluarga tersebut menggunakan 25 peratus atau kurang daripada pendapatan bulanan mereka untuk membayar bayaran ansuran rumah, dengan perbelanjaan wang tunai yang sedikit atau minimum, kata HDB.



Daripada jumlah 95 keluarga yang disertakan dalam Skim Perumahan Permulaan Baru pula, HDB berkata 44 daripada mereka telah mengambil kunci rumah baru, 48 keluarga sedang menanti masa mengambil kunci rumah, dan tiga keluarga sedang menunggu untuk menempah flat.



Antara mereka yang berjaya memiliki rumah sendiri di bawah skim ini ialah Cik Zaidah Ismail, 57 tahun.



Hasil bantuan menyeluruh skim itu, yang termasuk pemberian geran $50,000, ibu tiga anak itu berjaya berpindah ke flat dua bilik fleksi sendiri di Punggol pada 2019.



“Gembira tak terkata hati saya apabila saya ambil kunci rumah baru. Saya sudah tunggu sekian lama dan akhirnya, saya milik rumah saya sendiri,” kata beliau, yang tinggal di flat sewa selama lapan tahun sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >