Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 90% doktor muda yang direkrut ialah doktor S'pura: MOH Holdings

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 90 peratus doktor muda yang direkrut syarikat induk kelompok penjagaan kesihatan awam Singapura setiap tahun adalah doktor tempatan.



Mereka lulusan salah satu daripada tiga sekolah perubatan di sini, atau warga Singapura yang pulang selepas melanjutkan pengajian perubatan di universiti luar negara yang diiktiraf, kata jurucakap MOH Holdings (MOHH) dalam satu kenyataan kelmarin.



Tiga sekolah itu ialah Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura, dan Sekolah Perubatan Duke-NUS.



Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kehebohan dalam talian tentang sebuah tender, yang dikeluarkan pada 6 September, oleh syarikat itu bagi sebuah agensi pengrekrutan menyediakan khidmat merekrut doktor di India, lapor The Straits Times.



Tender itu, yang akan ditutup pada 10 Oktober, ditonjolkan pengguna media sosial dan laman berita alternatif The Online Citizen, yang menimbulkan keprihatinan mengenai usaha yang diambil bagi merekrut doktor tempatan serta dakwaan insiden penipuan meluas dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor India.



Satu surat kepada forum The Straits Times juga bertanya apakah boleh merekrut doktor warga Singapura yang dilatih di negara seperti Britain dan Amerika Syarikat dan berpangkalan di sana.



Apabila ditanya apakah MOHH akan memperluas pengrekrutan doktor warga Singapura yang dilatih di luar negara, jurucakap itu enggan mengulas.



Beliau juga tidak mengulas apakah doktor muda dari India membentuk majoriti doktor bukan tempatan, dan apakah ia mengeluarkan tender serupa bagi khidmat pengrekrutan di negara lain.



Beliau berkata MOHH merekrut sekitar 700 doktor muda bagi menyokong keperluan institusi penjagaan kesihatan awam Singapura setiap tahun.



"Kami meningkatkan kumpulan doktor tempatan kami sejak beberapa tahun lalu," kata beliau.



Antara 2012 dengan 2019, sekolah perubatan Singapura meningkatkan jumlah keseluruhan kemasukan pelajar sebanyak 45 peratus, daripada 350 orang pada 2012 kepada sekitar 510 orang pada 2019, tambah jurucakap itu.



Sekolah-sekolah itu menerima lagi 40 pelajar perubatan setahun pada 2020 dan 2021 bagi menampung pelajar yang pengajian perubatan mereka di luar negara terganggu dek pandemik Covid-19.



"Kami mengukur pengambilan pelajar universiti tempatan kami, berdasarkan keperluan sektor penjagaan kesihatan dan juga taraf kemasukan universiti," katanya.



"Sudah tentu ini bermakna tempat di sekolah perubatan sangat diinginkan, kemasukan sangat kompetitif tetapi, sebaliknya, lulusan sekolah perubatan kita sangat dipandang tinggi."



Beliau berkata MOHH merekrut doktor bertauliah dari negara lain, bukan hanya India, bagi menambahkan keperluan kapasiti Singapura dan membantu mengurangkan beban kerja berat doktor sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >