Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 90% terima kunci flat BTO di Bedok North Vale

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 90 peratus atau seramai 194 pemilik flat telah menerima kunci flat mereka di projek Bina Mengikut Tempahan (BTO), Bedok North Vale sehingga bulan lalu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Projek berkenaan telah selesai dibina pada Disember tahun lalu, iaitu enam bulan selepas tarikh penyelesaian asal yang dijangkakan.



HDB berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa pembangunan itu adalah antara 25 projek yang tertangguh sehingga 10 bulan namun masih dapat diselesaikan semasa pandemik.



Menurut HDB, pembeli flat bagi dua pertiga atau 17 projek BTO yang sudah selesai semasa pandemik berdepan dengan waktu tambahan selama enam bulan atau kurang.



Baki lapan projek BTO ditangguhkan di antara tujuh bulan dengan 10 bulan.



Secara keseluruhan, lebih 16,000 rumah baru telah selesai dibina sejak Januari 2020.



Projek Bedok North Vale, yang terdiri daripada dua blok perumahan dengan sebanyak 215 flat, telah memulakan kerja-kerja binaan pada Mei 2017 dan dijangka siap pada suku ketiga tahun lalu.



Bagaimanapun, pada April tahun lalu, semua kerja pembinaan terpaksa dihentikan apabila tempoh pemutus litar dikuat kuasakan.



HDB menjelaskan, antara kerja yang tertangguh adalah pengecatan kawasan bersama dan kerja landskap serta pemasangan barangan dalam flat.



Walaupun selepas langkah tempoh pemutus litar ditarik balik pada Jun tahun lalu serta kerja pembinaan dibenarkan untuk disambung semula secara bertahap, syarikat kontrak utama China Construction Realty Co Pte Ltd, terus berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menyekat kerja-kerja.



"Bagi mempercepatkan penyelesaian projek itu, HDB bekerja rapat dengan pihak kontraktor untuk menangani cabaran ini.



"Projek itu akhirnya dapat diselesaikan pada Disember 2020, enam bulan selepas tarikh penyelesaian asal yang dianggarkan, menjadikan masa menunggu keseluruhan kepada tiga setengah tahun.



"Sehingga 30 September, 208 unit daripada 215 unit sudah ditempah dan lebih 90 peratus atau 194 pemilik flat sudah menerima kunci flat mereka," ujar HDB.



Dalam kenyataannya itu, HDB berkata sejak di awal pandemik, sekatan sempadan telah menganggu rantai bekalan global dan menjejas teruk kemajuan projek binaan dalam sektor awam dan privet.



Ini di samping pemberhentian kerja semasa tempoh pemutus litar dan langkah pengurusan selamat yang tegas di tapak kerja.



"Bagi memastikan pembeli flat dapat berpindah ke rumah baru mereka secepat mungkin, HDB telah bekerja rapat dengan industri dan rakan agensi untuk melaksanakan langkah bagi mengurangkan penangguhan binaan," kata HDB.



Ini termasuk membantu kontraktor mengutamakan kawasan kerja, menjamin tenaga kerja dan bekalan bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan projek.



Tambah agensi itu, walaupun dengan sekatan ekoran pandemik, HDB dan pihak kontraktor bekerjasama untuk memastikan mutu projek itu.



Projek itu menerima anugerah Conquas Star oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada April tahun lalu, anugerah diberikan kepada mutu buatan yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >