Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak bantuan penjagaan anak pada waktu malam disediakan

Jul 08, 2023 | 04:26 PM



Lebih banyak bantuan bagi penjagaan kanak–kanak disediakan untuk ibu bapa daripada isi rumah berpendapatan rendah yang bekerja pada waktu malam.

Antaranya adalah program pengasuhan anak oleh badan amal, Daughters of Tomorrow (DOT), yang pada Januari telah diperluaskan untuk merangkumi seluruh Singapura. Sebelum ia diperluaskan, program itu hanya tersedia di Punggol dan Bedok sahaja.

Program itu menyasar ibu bapa yang bekerja syif dan setakat ini, sekurang–kurangnya tiga kanak–kanak berumur tiga dan sembilan tahun telah mendapat manfaat daripadanya.

DOT bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan telah melatih 21 penjaga kanak–kanak setakat Mac, dan kini sedang melatih kumpulan baru. Penjaga kanak–kanak tersebut terdiri daripada wanita berumur 25 tahun ke atas.

Jurucakap DOT berkata isu penjagaan kanak–kanak merupakan penghalang utama untuk ibu bapa bekerja, berdasarkan penilaian yang dilakukan pada 2020.

Ini selaras dengan laporan Tenaga Buruh di Singapura 2020, yang menunjukkan bahawa kerja rumah dan penjagaan kanak–kanak adalah sebab terbesar wanita diketepikan daripada tenaga kerja, manakala halangan utama bagi lelaki ialah pendidikan dan latihan.

Di bawah program itu, pengaturan yang paling biasa adalah untuk penjaga kanak–kanak mengambil kanak–kanak dari pusat jagaan dan menjaga mereka, sehingga ibu bapa mereka menamatkan kerja.

Satu lagi badan amal, Morning Star Community Services, yang menjalankan program serupa yang dipanggil CareNights, mengasuh sekitar 60 kanak–kanak merentasi empat pusat.

Badan amal itu juga menerima lebih banyak permintaan tentang program itu sejak belakangan ini, dengan 25 permohonan pada 2022, meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.

Encik Lemuel Yanos, penolong pengurus CareNights, berkata pasukannya sedang meneroka kemungkinan mengembangkan program itu ke lebih banyak kawasan.

Dibuka pada 2021, pusat CareNights keempat dan terbaru yang terletak di Toa Payoh, menampung keluarga yang terjejas pandemik Covid-19 dan memerlukan penjagaan anak pada waktu malam supaya mereka boleh bekerja atau belajar pada waktu malam.

Pusat–pusatnya yang lain terletak di Bedok dan Sengkang.

Program ini ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai gabungan pendapatan kasar sehingga $4,500 sebulan, atau pendapatan per kapita sehingga $1,125.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >