Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA

Lebih banyak boleh diusahakan bagi sokong kaum bapa: Presiden Halimah

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak boleh diusahakan bagi menyokong kaum bapa, sesuai pada situasi hari ini yang mana golongan bapa menanggung banyak tekanan dengan pelbagai peranan perlu digalas.



Mencatat demikian sempena Hari Bapa di dalam Facebook semalam, Presiden Halimah Yacob memberi beberapa contoh di mana golongan bapa boleh dibantu dalam beberapa cabang kehidupan mereka.



"Di tempat kerja, majikan boleh membenarkan golongan bapa mudah memanfaatkan skim mesra keluarga tanpa berasa bersalah menggunakannya. Kaum bapa juga boleh berbincang dengan pasangan mereka bagaimana mereka boleh memberi lebih sokongan di rumah.



"Kaum ibu pula boleh mengurangkan kritikan terhadap kaum bapa. Setiap apa yang dilakukan tidak semestinya dibuat serba sempurna atau mengikut bagaimana ia seharusnya dilakukan," jelas Puan Halimah.



"Masyarakat menjangkakan agar anda menjadi pencari nafkah utama walaupun isteri anda juga bekerja. Namun, anda juga diharapkan agar memainkan lebih banyak peranan terlibat dalam kehidupan anak-anak anda.



"Anda tidak mahu menjadi bapa yang 'lenyap' daripada kehidupan anak-anak tetapi kadangkala anda tidak bersedia bagi peranan sedemikian mengikut bagaimana masyarakat mendefinisikan peranan kejantinaan seseorang serta mengikut cara bagaimana anda dibesarkan," tambahnya.



Beliau turut berkongsi keadaan dirinya yang kehilangan ayah pada usia 8 tahun lantas terlepas peluang meluangkan masa bersembang secara bermakna dengan ayahnya itu.



Beliau juga berharap anak-anak akan menghargai dan menyanjung bapa mereka.



Puan Halimah turut mengucapkan Selamat Hari Bapa dengan harapan kehidupan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >