Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak flat dengan waktu tunggu lebih pendek dilancar pada 2024

Pemerintah giat kaji sediakan lebih sokongan kepada pembeli flat kali pertama: Desmond
Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan melancarkan lebih banyak flat dengan waktu menunggu lebih pendek mulai tahun depan.



Malah, pemerintah juga akan memastikan flat ini membentuk sebahagian lebih besar daripada bekalan flat baru.



Ini sedang pemerintah komited melancarkan hingga 100,000 flat baru antara 2021 hingga 2025 jika perlu.



Berucap di Parlimen semasa membentangkan usul berhubung isu pentingnya memastikan perumahan awam kekal dimampui dan dapat diperoleh semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pemerintah merancang melancarkan 2,000 hingga 3,000 flat dengan waktu menunggu lebih pendek setiap tahun menjelang 2025, dengan waktu menunggu kurang tiga tahun.



"Selepas itu... kami akan menyesuaikan semula program binaan kita supaya flat dengan waktu menunggu lebih pendek akan membentuk sebahagian lebih besar bekalan flat yang baru.



"Dengan cara ini, kami dapat mengurangkan waktu menunggu dan menyokong pemilikan rumah serta aspirasi perkahwinan dan keibubapaan warga Singapura," ujarnya sambil menambah lebih 8,000 flat dengan waktu menunggu lebih pendek itu akan siap dalam tempoh dua tahun akan datang.



Pemerintah juga akan terus menyemak bagaimana untuk memperuntuk bekalan flat dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan perumahan yang lebih memerlukan.



Encik Lee berkata sepersetujuan yang diperoleh daripada pendekatan awam yang dijalankan secara meluas adalah bahawa pembeli kali pertama harus diutamakan, khususnya mereka yang bakal berkahwin dan mereka yang mempunyai anak kecil, serta mereka yang mahu membeli rumah pertama mereka.



Oleh itu, pemerintah juga sedang mengkaji bagaimana untuk menyediakan lebih banyak sokongan bagi golongan ini dan sama ada lebih banyak sokongan boleh diberikan kepada pembeli kali pertama yang ingin membeli flat jualan semula, untuk membantu mereka mencapai aspirasi mereka untuk memiliki rumah sendiri.



Beberapa langkah untuk menambah peluang mereka telah pun dilaksana, dengan lebih 90 peratus flat dalam pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) diperuntuk bagi pembeli kali pertama.



Encik Lee juga berkata langkah mengurangkan kadar penolakan yang tinggi bagi permohonan flat BTO juga sedang dikaji. Ini bertujuan memastikan flat baru diutamakan bagi mereka yang benar-benar mempunyai keperluan perumahan yang mendesak.



Data HDB menunjukkan bahawa 40 peratus pemohon yang diundang menempah flat BTO mereka akhirnya tidak memilih flat masing-masing.



Ini bermakna hampir separuh daripada mereka yang diundang untuk memilih flat mereka tidak hadir atau tidak memilih flat yang ditawarkan kepada mereka.



Encik Lee berkata langkah baru yang bertujuan memberi lebih banyak sokongan kepada mereka yang mahu membeli rumah pertama mereka itu akan diumumkan kelak.



"Kami berusaha terbaik mungkin untuk meningkatkan keupayaan memperoleh dan kemampuan flat HDB. Kami tahu dasar kami tidak boleh kekal statik kerana aspirasi dan keperluan rakyat kian berubah," ujarnya.



Encik Lee telah membentangkan usul tersebut sebagai respons kepada usul berasingan yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >